DARI DUNIA CHESUE
Wednesday, 18 June 2014
Tilawah dan Ayahku - dlm kenangan
Ramadhan bakal menjelang lagi,makin hari makin terasa, tambah lagi bila menonton Tilawah al Quran.... tenang dan damai jiwaa bila mendengar alunan ayat2 suci dari peserta Tilawah peringkat antarabangsa 2014.
teringat masa kecik2 dulu, tilawah diadakan bulan Ramadhan, dan peminat no 1 kat rumah ialah arwah ayah...balik terawih je dgn semangkuk cendol, dok depan TV...masa tu jgn harap dpt tgk channel lain...arwah betul2 menghayati setiap ayat yang dibaca....selesai menonton arwah akan bertadarus sblm masuk tido.
kini semua tinggal kenangan, arwah dh tiada, tilawah juga tidak lagi diadakan bulan Ramadhan. semoga roh arwah ayah, kak ani, cik ngah, abg wan dan abg mi di tempatkan bersama para solihin. kini tinggal kami dua beradik c su n kakak bersama ibu yg dikasihi.
Sunday, 8 June 2014
16 Mei 2014
hepi b'day to you...hepi b'day to you.....alhamdulillah 16 mei, genap usia anak bujang sulung chesue 18 tahun. Aslam Husaini Azman yang soleh dan hensem....
hari ni jugak sambutan hari guru se Malaysia....selamat hari guru kepada semua guru2 tak kira yang masih berkhidmat dan juga yg telah pencen...terutama hubby tersayang Sir Azman, ank2 buah yg sedang berkhidmat Asyrani, Asmui, Nasri, Due, Shada n Dyana...dan juga cikgu pencen, kakak ku sayang cg Khtaijah. yg telah kembali pada Sang Pencipta arwah Kak Ni and Abe Mie...semoga kalian sentiasa di bwh peliharaanNya.
buat Aslam, 14/5 gi temuduga kat IPGPC, kalu ada rezeki abg sebagai guru, alhamdulillah, mama amat bersyukur. kalau betul la....gayanya lps ni abg dpt bonus hari lahir la ye...
kek harilahir??????bukan lupa, tp memandangkan Asyraf x balik mgu ni, kita tangguh dulu ye....tgu semua berkumpul, insyaAllah mama buatkan....
dairi bulan mei
mei....mcm2 peristiwa sebenarnya, tp dek hambatan, chesu x sempat nak mengupdate blog...
bulan mei ni sebenarnya, bulan ni di katakan smabutan hari ibu, hari jururawat, hari guru dan yang paling penting, hari lahir putera sulong chesue, aslam husaini azman jatuhnya pada 16 mei, 1996, so tiap2 tahun dia akan sambut hari lahir seiring dgn hari guru, senang nak ingat kan...dan mei juga tanggal 29 tahun 1994, kami diijabkabulkan di masjid ibrahimi, pasiir puteh...eh..eh...rasanya baru je, tp dah masuk 20 tahun....semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga...amin...
14 mei tu, aslam g interview ipg kt pc, harap2, impiannya bergelar guru dimakbulkan Allah. memandangkan intake lambat lagi, panggilan pun blm tentu, dan since uitm bkt besi dah memanggil manggil, aslam dah pun mendaftar kt sana, 1hb june ari tu...dah bergelar mahasiswa anak bujang mama nih....alhamdulillah...semoga ianya menjadi pemangkin pada adik2...course apa? hehehe....diploma in mechanical engineering (marine)...
sementara tu, 25 mei hingga 31 mei, asyraf husaini azman pula dipilih mewakili negara bersama 7 org lagi teman (sebenarnya 4 dr faris petra, 4 lagi dari sek tinggi chung lin, penang, pergi atas tiket matematik, dlm Singapore International Mathematic Challegance (SIMC) 2014...bersama 14 buah negara...walaupun tiada piala kemenangan yg dibawa balik, tp pengalaman menghadapi cabaran menjawab soalan2 mathematik yg diluar silibus math malaysia menjadi pengalaman yg mahal bg mereka...bila ditunjukkan soalan tersebut, pening kepala den...walaupun dulu QMT dpt 4 flat...(hehehe...mama yg eksyen)
selain dr itu, pengalaamn bergaul dgn teman dr pelbagai negara, bangsa dan agama juga dpt dirasai oleh mereka. paling best dia kata, gigil lutut bila buat presentation dan bersoal jawab di dpn ratusan pelajar,guru, pensyarah serta para ahli matematik dr seluruh pelusuk dunia...boleh jawab tak? jawab yg mn boleh...x boleh just say sorry...sbb buat assignment tu based on google, cg sendiri tak blh tolong...kena kaurantin tpt lain...kira usaha sendiri la tu...tahniah buat asyraf n the gang of farisian....pengalaman yg tak boleh dibeli dimana2......
Monday, 5 May 2014
alhamdulillah
syukur padaMu ya Allah...hany itu yg mampu chesu ucapkan...rentetan peristiwa yg mencuit hati nurani pagi td.
chesue tak tahu apa yg nk ditulis dan diucapkan, hanya Allah yg Maha Mengetahui apa perasan chesue seharian ini. mmg benar janji Allah, Dia tidak akan uji hambaNya dgn ujian yg tak mampu kita tanggung...luahan rasa yg tak seberapa pagi tadi telah menggerakkan hati seorang teman utk tampil membantu
dia tak mahu dikenali oleh org lain, chesue jd perantara utk menyampaikan hajatnya. syukur sgt2...tak terucap, tetiba airmata gugur dgn sendiri. tujuan chesue post cerita tu bkn utk merayu simpati, hanya sekadar berkongsi rasa dgn sesiapa yg terbaca blog ni.
alhamdulillah...sebenarnya kami dah lama kenal, sejak zaman kampus lagi, tp terputus hubungan, ye la habis belajar masing2 bwk haluan sendiri sendiri. itu cerita kami...
bila teman tu pm via fb tghari tadi, Ya Allah, menangis chesue dibuatnya. terima kasih sahabat...syukur ya Allah. teman chesue tadi bkn hanya sanggup membantu bayarkan yuran PIBG tersebut, malah akan infakkan rm50 sebln utk belanja ank tersebut...maaf chesue tak blh publish perbualan melalui pm kami, it's strictly confidential. dia ikhlas membantu, dan chesue sebagai pemegang amanah..kena jalankan tugas....
semoga teman chesue ni sentiasa dirahmatiNya, dipermudahkan rezeki serta urusannya...
terima kasih sahabat...
Sunday, 4 May 2014
peristiwa di pagi hari
pagi ni pagi2 lagi hati terusik. seorang bapa dtg jumpa hubby. dgn nada berbisik, mtk tlg hubby sampaaikan pada guru kelas anknya, mtk tangguh bayaran PIBG. Allahuakhbar. setahu chesu byran tu kena jelaskan sblm 30.4 hari tu. belum ada duit katanya. bagi orang lain, mungkin rm40 tak besar, tp bg yg tiada, jumlahnya terlalu besar. hari ni dah 5 mei. terkedu chesue sekejap...dpt bayangkan perasaan ank bila cg tya bila nk jelaskan yuran tersebut...
semoga Allah kurniakan rezeki pada bapa tersebut, demi utk meneruskan kelangsungan hidup, memudahkan dia beribadat serta mendidik ank2nya...
Wednesday, 23 April 2014
cerita ceritit
lamanya che su tenggelam, kenapa ye....kesibukan sebagai surirumah buatkan che su x berkesempatan utk menulis blog. ada ada aje yg nk dikerjakan. tp kdg kdg bila cik mata ngantuk...apa lagi tido ler....
perasan @ tidak, kita nk nk masuk bln mei...begitu pantas masa berlalu. ank2 pun makin membesar, yg sulung hari tu 15 april g jalani ujian fizikal serta psychometric test kt ipg ilmu khas. utk khusus Bahasa Inggeris. kalu berjaya kali ni, dia kena g interview session pulak. mudah2an Aslam Husaini berjaya...mama sentiasa doakan yg terbaik utkmu sayang.
kami pergi pun berdua beranak je. en suami x ikut, dah abih cuti. lagi pun tinggal sklh byk kali, kesian cg lain, kena relief. pengalaman naik bas 2 tingkat, mmg mengujakan w/pun dibayangi mcm2 kejadian melibatkan bas ekxpress akhir2 ini. dah lama x naik bas ekspress, last sekali kira kira 19 thn yg lps...amboi lamanya.
kat kl, che su tumpang rumah ank buah, kebetulan hubby dia g sydney, tinggal sorang2, eloklah che su temankan ye....
haaaaaaaa....byk pulak bebel ni. sebenarnya bukan apa, saja nk ngomel. dh lama x jenguk blog nihhhh....sambung lain kali la pulak....
Monday, 10 March 2014
al Fatihah
thn ni che su kehilagan dua insan tersayang dalam masa yg teramat dekat. 28/2, ibu mertua che su kembali kepangkuanNya tepat jam 11.40 mlm. kemudian, 2/3 pula abang che su pula dijemput olehNya tepat jam 7pm. tak terkata perasaan ini, namun redha dgn ketentuanNya. semoga roh mereka ditempatakn di kalangan para solihan dan syuhada.
Subscribe to:
Posts (Atom)