Friday, 17 May 2013

16 Mei yang amat bermakna

16 Mei.....Selamat Hari Guru buat guru-guru seluruh Malaysia amnya dan khas buat suami tersayang, Azman Md Shariff, anak buah yang dah jadi cikgu, Nur Asyrani Hanis, Mohd Asmui Hanis, Intan Norshada, Ahmad Nasri, Dyana, Ishak Riduan dan Fazidah Kamari....jasa kalian pada anak bangsa amat besAar...semoga sentiasa di berkati dan dilimpah rahmatNya....GURU MALAYSIA: SATU ASPIRASI SATU AGENDA.....sori baru hari ni berkesempatan update blog....

16 Mei juga merupakan hari lahir anak sulung chesue Aslam Husaini. Dah 17 tahun anak bujang mama. Tahun ni akan menghadapi peperiksaan SPM. Penentu masa depan dan arah tujuan, Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah swt selalu. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mama. Tiada yang diharapkan oleh seorang ibu selain dari kebahagiaan anak2 di dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh dan sentiasa mentaati perintahNya. 

Anything special for them? Wah cakap org putih lak.....yeah...adala skit buah tangan utk cikgu. Sempat chesue siapkan orange cupcake dan red velvet in the jar....ni buat khas utk cikgu SK Kamil 1. Maknanya Azim je la yg bagi  kat cikgu. Lagi empat anak chesue dok asrama, so dia org kata mama x payah  buat apa2. Dia org handle sendiri....hemmm....anak2 dh besau panjang.

Orange Cupcake with Buttercream



Cik Red Velvet in the Jar



Sepatutnya cik red velvet tu kat dalam jar...tap pusing satu Pasir Puteh sampai Jerteh, x jumpa jar yg dihajati.....maka bekas plastik ni pun jadilah....Chesue buat sebiji kek red velvet, kemudian potong masuk dalam bekas, paipkan je buttercream ke dalamnya. Chesue cari creamcheese, tp kt kedai bakeri tu abih stok, so untuk hilangkan rasa jemu, buttercream tu diadun dgn sedikit perasa oren sunquick...


Red Velvet Cake with Creamcheese


Lebihan kek yg masuk bekas untuk cikgu, chesue potong dua, letak buttercream kt tgh n atasnya, then taburkan serbuk red velvet. Memang mengancam....kolesteral.....x pa, lepas ni telan cuka kurma campur madu....

Tuesday, 14 May 2013

Bulan Mei yg meriah

Dari pengamatan chesue, bulan Mei ni penuh dgn pelbagai sambulan, hari ibu, hari jururawat, hari guru dan yg paling penting Mei thn ni merupakan tahun pemilihan siapa pemimpin kita. Rasanya belum terlewat utk chesue mencuit sedikit pasal pilihanraya hari tu....yg jatuhnya pada 5 Mei......pada yg menang tu, ingat ini masanya utk menunaikan apa yg dijanjikan. Yg penting ialah amanah sebagai pemimpin sebuah negara.....jgn sampai esok ditanya apa yg telah anda lakukan sebagai pemimpin....

Aik...membebel lak dia. Sebenarnya x de apa yg nak dipostkan, cuma nk kongsi rasa....sambil2 tunggu tat telur masak....bukan utk breakfast...tp suami nk bawa ke sekolah...atas permintaan teman-teman seperjuangan...boleh la tambah pendapatan skit....kawan Azim pun nk jugak....kt Pasir Puteh ni ada kedai kek, tp yg jual tat telur ke cheese tart atau yg seangkatan dengannya x de...so, chesue yg dalam kategori boleh buat skit2 ni....ambiklah tempahan.....alhamdulillah....

Ni dah masuk 5 Rejab....sekejapnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik....dah nk raya....bulan ni eloklah bawak bawak puasa sunat....tambah2 yg mana tak cukup. Banyak fadilatnya....yolah sebagai peringatan pada diri sendiri.....

Sunday, 12 May 2013

hujan oh hujan

lama benar rasanya bumi pasir puteh x hujan, dan alhamdulillah, dalam kul 5 ptg td hujan rahmat turun dgn agak lebat. walaupun x lama, namun syukur ke hadratNya, pepohon nampak segar, rumput yg mula menguning di laman kembali spt asal....sejuk, nyaman. bersyukurlah kita dgn kurnianNya.

Panas, hujan, mendung....semua ada hikmah utk kita semua.....