Last 7th June 2013 satu-satunya ank sedar perempuan yg chesue ada....Nur Asyrani Hanis. Dulu kecik-kecik chesue yg jaga, jd kami dh serasi dan tau peel masing-masing...ngeee....
Sekarang dah besar dah jadi cikgu n dah pun berkahwin December 2012.....tokei kek kt Saujana Putra ni. Dulu chesue jaga, skrg dah jd sifu chesue dlm kek mengekek....
So, sempena birthday dia, dan kebetulan chesue kt lepak kt rumah dia untuk konvo cik abang pakej bwk anak2 jlan-jalan makan angin, dia mintak masakkan asam pedas ikan merah...yalah, dah nama tokei kek, takkan nk mintak kek dr murid lak....
Ni dia rupa asam pedas ikan merah. Tapi tinggal isi je, sebab kepala dah masuk perut semalam. Ank sedara chesue si Nasri mtk masakkan kari ikan merah....hai...mcm2 peel anak2 sedaraku...Nasri n isteri, Dyana smlm bertandang kt rumah Kak Asy. Masak ramai2. Tp biasa la dah chesue jd org tua masa tu, jd terpaksa la jd chef...alahai perasan lak dia...
Resepi asam pedas ni versi chesue sendiri. Yalah, asalnya belajar dari kakar ipar, org Johor, tp diolah ikut tekak sendiri. Camana pun, masing-masing makan hingga licin.
Jom tengok apa yg chesue bubuh...
Bahan-bahan:
4 ketul ikan merah (agk2 dlm 1 kg) bersihkan, rendam dlm air asam jawa sekejap
2 senduk mkn cili kisar (nk pedas tambah lg)
Apa yg dikisar?
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan
2 biji buah keras
Tambahan:
lengkuas - dititik
Serbuk kunyit dlm 1 sudu teh
1 btg serai - dititik
Air asam jawa secukup rasa
Garam, sedikit serbuk perasa
Minyak utk menumis
Daun kesum
Bunga kantan
Kacang bendi (optional)
Terung (optional- x bubuh pun sebab x de)
Tomato masak
kalau nk pedas lagi, tambahkan cili pada...mesti berasap punya.....
Cara :
Memula, panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga masak, masukkan air asam jawa, serbuk kunyit, serai dan lengkuas. Biarkan seketika, tambah air secukupnya untuk kuah.
Biarkan hingga kuah mendidih, baru masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, dan sayuran lain kalau nak. Tambahkan bahan-bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga ikan masak. Sedia dihidang....
Ni best bila digandingkan dengan telur asin, sambal belacan atau tempoyak dan tauge goreng simple....
Selamat mencuba......