Wednesday, 28 August 2013

Perut oh Perut

sejak lepas raya ni, perut ni asyik tak selesa je. Agaknya selepas sebulan berpuasa, bila raya je segala benda yg boleh dimakan dan halal, chesue main telan je...mana tak meragam kawan tu....natijahnya...ha...tanggung le sendiri. adus.. kan Rasulullah saw berpesan agar makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang...

Saturday, 24 August 2013

Acar Mentah


Acar mentah, campuran timun, karot, cili merah, bawang besar diperisakan dengan garam gula dan cuka. ada orang panggil jelatah. Selalunya dijadikan kawan bila makan nasi minyak atau nasi putih bilak berlaukkan samada gulai daging, ayam atau ayam masaka merah. tujuannay untuk menghilangkan rasa muak kuah2 bersantan. Cheseu suka hirup kuahnya...gabungan masam, manis dan masin serta sedikt pedas...waduh....

Aktiviti hujung minggu

chesue buat apa hujug minggu ni? memandangkan sesi persekolahan baru seminggu bermula, tak ada le ank2 yg balik berhujung minggu. Ank x balik, kita kena la pi melawat.....semalam, ke sekolah kakak. Dia pesan, mama bawakkan makanan. So, chesue masakkan penne bersos putih, serta kek lemon yogurt. Hari ni, dia kena sekolah ganti, sama la ngan papa n azim. Pagi semalam jgk Asyraf ke Kuantan, SMS SAH. perkhemahan badan beruniform antara SBP, pulang nanti hari Ahad. Semoga Allah permudahkan Asyraf di sana dan selamat segalanya.

Petang tadi, g jenguk Aslam. Esk dia ada jamuan raya, mintak buatkan kek coklat bersalut fresh cream. Sejak semalam bertungkus lumus sediakan kek coklat dan juga kek karot utk Azim. Alhamdulillah, siap juga kek utk abang dan adik. Malangnya, lupa nak snap gambar. Lain kali la....


Saturday, 17 August 2013

Sekolah dah mula

raya sudah, cuti sekolah dah abih, tinggal la hak mana ada kt rumah. semalam dah anta anak2 balik asrama. mula2 anta Aslam n Asyraf kt PC, kemudian Aimi kt KT. Nasib baik Farid n Wani sudi anta kakak kt Melor. Bayangkan dr PP ke PC then Ganu. ari ni, dah rasa sunyi sepi, x de lagi suara gaduh, bising2 kt rumah...adus.....tgu cuti sekolah pulak la.

Thursday, 15 August 2013

Sharing is caring

Tu ayat power ank buah chesue, Dyana. Sekarang ngajar kt KV Beufort, Sabah. Dia memang seorang yg ceria dan suka berkongsi. Sebelum tu rasanya belum terlambat utk mengucapakan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pengunjung rumah chesue ni. Dah lama x ber update rumah ni. Bila masa dan cik M bersatu maka x dapat den nk cakap lagi...

Cerita pasa sharing is caring. sebenarnya banyak resepi masakan yang chesue dapat hasil dari jelajah rumah blogger2 masakan, banyak yg dah dicuba, tp x sempat nk publish kt sini. TQ wahai sifu2 ku dan blogger2 senior.

Nak cerita satu kisah yg membuatkan chesue rasa terkilan sangat. Bagi chesue, apa yg diperolehi dari blogger masakan yg lain chesue kongsi jgk dgn kawan2 lain bila mereka bertanyakan sesuatu resepi, lg pun chesue pun bukan pandai sangat bab masak memasak ni. Ni cerita pasal kek karamel, ada permintaan dari sorang kawan, mintak chesue buatkan utk dia kek ni. masa tu chesue sendiri pun x reti dan x tahu camana nk buat kek ini. Lps bertanyakan ank buah chesue yg dah lama berk cari kecimpung dalam dunia baking ni, dia sendiri x pernah buat katanya, and dia suggest cari kt internet. Dipendekkan cerita, lps google menggoogle, akhirnya berjaya mendapatkan resepi tersebut. Dan percubaan pertama chesue berjaya. Ya lah sebelum bg org makan, kita kena makan dulu, jd ke tidak ke, sedap atau tidak. Dari situlah, permintaan kek karamel ni merebak (cam wabak la pulak) dan mendapat pemintaan yg agak hangat di kalangan cikgu2 sekolah en suami. Sampai ada yg mintak resepi dan chesue x kisah utk share resepi tersebut. Bg chesue jgn kedekut ilmu, itu ajaran arwah ayah dan bonda tercinta.

Satu hari Cg A (yg dah dpt resepi) anta mesej kt chesue, masa tu dah penghujung Ramadhan. Bertanyakan harga kek karamel yg chesue jual. Cam biasa kita x berprasangka cerita la sejujurnya. Mana la tahu kot2 ada order dari org yg bertanya. Sbb ada gak yg dah dpt resepi tp last2 order ngan chesue. x kisah la kan. Nak jd cerita, di akhir bermesej tu, ayat yg di tulis "ok la akak, nanti kalau ada org order saya bgtau akak". 

Allah Maha Kaya, dah dkt nak raya, ada customer order kek keju blueberry dari chesue. Masa dia dtg amik kek tersebut, dia pun bercerita, lps ni nk gi ambik kek karamel dari dari cg A...opss tersentak chesue dibuatnya. Patut la beria2 tanya harga. Nasib baik blh cover line. Chesue pun tya berapa harga dia jual...lagi terkejut, wah jauh  lbh murah dari yg chesue letak. Rasanya harga chesue mmg dah cukup competetive..sblm tu mmg chesue dah survey kt pasaran sekitar Pasir Puteh dan juga dari blogger2 lain. Sebenarnya chesue x le marah, itu hak masing2, tp yg membuatkan chesue kecewa teramat sangat dia mempermainkan kita, ya la, kita kan surirumah sepenuh masa, dkt2 raya carilah duit poket skit, tp cara dia mencantas waduh....patutlah kalu tahun2 lepas, bila nk raya je, utk kek karamel, order boleh mencecah sampai 20 bj, tp thn ni jatuh merudum...terkilan...tp rezeki kita di tangan Allah...cik suami ckp, x pe la....sabar lah hati.....anyway, chesue x kan serik jika kawan2 mtk resepi, sharing is caring.....