Wednesday, 25 September 2013

membebel

pepagi ni chesue nk bebel skit....opssss....bukan bebel tp lbh pd luahan perasaan?????????????
hidup kita x lari dr ujian, lain org lain jln ceritanya, tp percayalah Allah Maha Mengetahui...walau apa pun yg melanda, kita ada Allah, Dia lah tempat terbaik untuk kita mengadu, bukan pada manusia lain atau pada mana2 medium. skrg ni ramai sgt yang meluahkan perasaan melalui FB. chesue kureng berkenan cara tu. Nauzubillah....

ada jgk jenis yg bila dilanda masalah, semua org dia buat x kenal. kita pun kekadang terasa, apasal pulak org ni, selalu sembang2, tetiba menyepi. kita tertanya sendiri "aku ada buat salah ke?" ha...susahkan...chesue bkn jenis nk ambik tau sgt, so...buat x tau je la...biarkan si luncaai terjun dgn labu2nya....

Monday, 23 September 2013

Anak siapa tu?

Waktu petang dah camni rasanya nk tenagkan diri, tp tu semua jd mimpi ngeri...chesue dah x tau nk cakap apa. asal petang lepas waktu asar, ada je bebudak dok race motor kt highway yg dalam pembinaan tepi rumah chesue. Tension betul la..

Yang menghairankan, mak bapak diaorang macam tak kesah apa aktiviti anak dia orang, Dari pemerhatian chesue, mereka ni bukan tergolong dari org yg berada, tp senang2 je buang minyak...kan race membazir minyak. Dok press motor. makin kita tgk makin galak dia orang. Bukan x de yang menegur, tp dijawab mak bapak dia orang x kesah, apa kes kita pulak sebuk2.....herannya. ada yg accident, rupanya x serik2.

Bg chesue, anak2 walau pun dah besar panjang, adalah tanggungjawab ibubapa untuk memantau kegiatan dan kawan2 anak. Karang kalau kita bagitau kt makbapak, dia boleh kata jgn sibuk hal anak2 dia...

Nauzubillah...mtk2 ank2 chesue sentiasa di bawah peliharaanNya....

Saturday, 21 September 2013

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dan Petai Bertempoyak




menu org dolu2...masak lemak cili api pucuk ubi n petai bertempoyak...kawankan dgn ikan goreng n sambal belaccan...cukup utk 3 beranak dihujung minggu

Adusss....panjangnya nama....dah lama jugak rasanya x post masakan kt blog ni. Bukan x masak, tp kdg kala x sempat nk snap, ada gak yg dah disnap gambar tp x upload kt blog....alasan, macam2 boleh diberi....Ni menu hari ni, cukup la untuk 3 orang. anak2 lagi 4 tu x balik. Semalam g jenguk Aslam n Asyraf....Alia? br je anta ari Selasa ari tu, next week balik, sabau ye kakak, kita jumpa Khamis ni...
Lama betul rasanya x masak pucuk ubi, 2,3 hari lepas balik rumah bonda, kutip pucuk ubi, mula2 main celur gitu je, cicah budu, ada balance dia chesue masukkan dlm peti ais. dan hari ni tadaaa....jadi lauk lain.

Mai kita semak apa yg chesue campak utk jadikan ianya sayur yg mabeles...

Bahan2nya :
Pucuk ubi - rebus/celur, toskan n potong skit (kot panjang sgt, tercekik karang)
Tempoyak (chesue letak dlm sesenduk nasi)
Petai - chesue x kopek kulit, tp terserah la...ada org x makan kulit petai sbb rasanya skit kelat)
4 cawan santan - dari sebiji kelapa
Ditumbuk halus:
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
Cili api ( terpulang pada selera masing2, nk pedas bubuh byk)

Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar, bubuh gitu aje pun boleh,
2 batang serai - dititik je

Lain2 bhn cam biasa la garam, secubit gula, chesue x guna serbuk perasa kalu masak lemak, takut terlebih lemak   (mmg jarang guna serbuk perasa pun)

Caranya

Memula, masakkan bahan yg ditumbuk halus. Masukkan sekali ikan bilis, tempoyak, serai dan petai. Biarkan mendidih dan petai agak lembut, masukkan santan. Bila santan menggelegak, masukkan pucuk paku (ni last sbb dah masak). Perasakan ngan garam n gula. biarkan seketika. dah boleh dihidangkan.

Nak best lagi, makan dengan nasi panas, ikan goreng n sambal belacan, tak pun budu...pergh.....sedapppp...

Monday, 16 September 2013

Fikir fikirkan lah...

lama bebenor rasanya x update blog...bukan x de masa, tp entah kenapa, lately macam2 hal bercampur baur, cik M dtg, sakit gigi x sudah2, dah x tau bk tulis apa...tu la bila cik M menguasai diri, payah le...namun alhamdulillah, kerja rumah dpt dijlankan dgn baik...cuma part nk menulis...aish...payah.

akhir2 ni, chesue rasakan byk masa yg terluang dibiarkan begitu saja. tempahan sulaman hanya dtg sekali sekala, tempahan kek n tat pun hanya sesekali...jd byk kan masa lapang. chesue dok fikir apa yg patut dibuat selain dari rutin harian. dok belek2 kt internert, cari2 projek yg boleh dibuat utk isi masa lapang dan pd waktu yg sama boleh  menjana pendapatan....

mmg byk peluang  yg ditawarkan spt dropshipper, online bisnes, kerja2 dr rumah...tp kena fikir2 dan timbang2 dulu, yo la buat sesuatu keputusan  bkn senang. lagipun biar ianya berbaloi dan tidak tertipu dek macam2 ragam manusia diluar sana. ni nak kena bincang ngan cik abaang tersayang dulu....