Monday, 5 May 2014
alhamdulillah
syukur padaMu ya Allah...hany itu yg mampu chesu ucapkan...rentetan peristiwa yg mencuit hati nurani pagi td.
chesue tak tahu apa yg nk ditulis dan diucapkan, hanya Allah yg Maha Mengetahui apa perasan chesue seharian ini. mmg benar janji Allah, Dia tidak akan uji hambaNya dgn ujian yg tak mampu kita tanggung...luahan rasa yg tak seberapa pagi tadi telah menggerakkan hati seorang teman utk tampil membantu
dia tak mahu dikenali oleh org lain, chesue jd perantara utk menyampaikan hajatnya. syukur sgt2...tak terucap, tetiba airmata gugur dgn sendiri. tujuan chesue post cerita tu bkn utk merayu simpati, hanya sekadar berkongsi rasa dgn sesiapa yg terbaca blog ni.
alhamdulillah...sebenarnya kami dah lama kenal, sejak zaman kampus lagi, tp terputus hubungan, ye la habis belajar masing2 bwk haluan sendiri sendiri. itu cerita kami...
bila teman tu pm via fb tghari tadi, Ya Allah, menangis chesue dibuatnya. terima kasih sahabat...syukur ya Allah. teman chesue tadi bkn hanya sanggup membantu bayarkan yuran PIBG tersebut, malah akan infakkan rm50 sebln utk belanja ank tersebut...maaf chesue tak blh publish perbualan melalui pm kami, it's strictly confidential. dia ikhlas membantu, dan chesue sebagai pemegang amanah..kena jalankan tugas....
semoga teman chesue ni sentiasa dirahmatiNya, dipermudahkan rezeki serta urusannya...
terima kasih sahabat...
Sunday, 4 May 2014
peristiwa di pagi hari
pagi ni pagi2 lagi hati terusik. seorang bapa dtg jumpa hubby. dgn nada berbisik, mtk tlg hubby sampaaikan pada guru kelas anknya, mtk tangguh bayaran PIBG. Allahuakhbar. setahu chesu byran tu kena jelaskan sblm 30.4 hari tu. belum ada duit katanya. bagi orang lain, mungkin rm40 tak besar, tp bg yg tiada, jumlahnya terlalu besar. hari ni dah 5 mei. terkedu chesue sekejap...dpt bayangkan perasaan ank bila cg tya bila nk jelaskan yuran tersebut...
semoga Allah kurniakan rezeki pada bapa tersebut, demi utk meneruskan kelangsungan hidup, memudahkan dia beribadat serta mendidik ank2nya...
Subscribe to:
Posts (Atom)