Wednesday, 20 March 2013

kuzi ayam



ni kuzi ayam chesue masak Jumaat tiga minggu lepas. khas utk anak2. cicah roti je, nk buat roti jala x sempat nk menjala. mmg setiap Jumaat jadual chesue agak padat. lps sembahyang Jumaat je, kami terus ke sekolah ank, ambik Aslam kt MRSM PC kebetulan minggu ni dia outing, bwk ke tempat Asyraf kt Faris Petra. kebetulan lak Aimi n Alia balik bercuti hujung minggu. mkn ank beranak kt padang sklh. best gak. piknik beramai-ramai. skrg ni nk kumpul anak2 bkn senang. tunggu cuti sklh je la. x pe esk dah mula cuti semester. blh jumpa lagi.
o..ya kuzi ni chesue guna resepi kakak ipar, lepas tu oter skit-skit...ikut selera anak-anak. sebenarnya chesue x de sukatan spesifik, main agak-agak (ikut cara org lama) jom semak bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:
1 kg ayam (dipotong, basuh n perap dgn campuran halia, saffron, bwg putih n garam)
2 biji bawang besar di dadu dan goreng

bhn goreng:
15 ulas bawang merah - mayang
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kuzi (bancuh dgn sedikit air)

lain-lain
1 tin susu cair
1 cawan minyak sapi
1 botol sos tomato (chesue guna 1 tin kecil tomato pes)
1 1/2 - 2 cawan air
minyak untuk menggoreng
garam
gula

cara-cara
1.  goreng bawang merah yg dimayang hingga garing. kemudian minya yg sama goreng kismis, kemudian badam. goreng juga bawang besar yang didadu. ketepikan.
2. goreng ayam setengah masak. ketepikan.
3. menggunakan minyak sapi, tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. masukkan rempah kuzi. kacau hingga masak.
4. masukkan air, sos tomato dan susu cair. renihkan seketika. masukkan ayam. bila kuah mula menggelegak dan ayam masak, masukkan kismis, badam bawang besar n bawang merah yg digoreng.
perisakan dengan garam dan gula. kacau sebati, matikan api...dah.....siap
5. utk hiasan taburkan bawang merah goreng dan daun bawang.

 sesuai utk dimakan dengan nasi atau cicah roti. selalunya untuk dijadikan sebagai lauk, chesue buat acar timun mentah atau kalau rajin dtg, buat acar masak, sambal belacan n telur asin...nyam...nyam...


No comments:

Post a Comment