Tuesday, 24 December 2013

beef lasagna with white sauce


waaahhhh...lama betul x berblog..cuti sekolah dah nak habis....tinggal lagi seminggu. sibuk betul chesue. yo la...bila semua ada, tambah cuaca yg sejuk2 nyaman....so, kalu x sibuk ngan kerja rumah, sibuk juga menganyam mimpi di siang hari...uikssss...alhamdulillah walaupun hujan lebat hari tu, tp kelantan tak le teruk di landa banjir spt thn2 sudah...

dah menceceh lak yea...sesekali ngadap lappy...ni chesue nk share menu lunch ari ni....atas permintaan ank2 yg dh lama tak terbuat, tghari ni chesue hanya masak beef lasagna with white sauce dan nasi goreng ikan masin....konon2nya omputih campur melayu...boleh la ye....

tgk picture ni...wah...mewah ngan sos putih....lemak? syyyy...diam2 je ye...




dh tgk gambar tgk apa ke benda chesue bubuh dlm tu. sebenarnya chesue letak je apa yg ada kat dapur. kira ni versi chesue la ye....org tua kata masak apa pun kalau ikhlas dan penuh sayang, semua jadi sedap...janji ank2 n hubby puas hati...

bahan2:.
kepingan lasagna (chesue guna yg instant)

utk kuah (kali ni chesue main campak2 je, x de sulatan spesifik)
bwg besar putih di dadu
bwg putih - mayang jer...
lada hitam (tumbuk)
daging kisar
cendawan butang (guna dlm tin) - diris nipis
mix vege
tomato paste
sedikit cili sos
garam, gula
oregano dan bay lef (nk letak mixed hers, tp x de stok pulak) minyak zaitun utk menumis

cara:
tumis bwg putih n bwg besar hingga naik bau. dah garing, masukkan daging kisar. kacau hingga daging masa, tambah sedikit air. bila daging dh masak, masukkan tomato paste n sos cili. biarkan menggelegak, masukkan oregano n bay leaf, renihkan seketika. tambahkan garam gula, gula secukup rasa. kemudian masukkan mix vege dan cendawan butang. tambah air utk dptkan kuah yg lebih sedikit. ianya penting utk memastikan lasagna tu lembut. renihkan seketika...dah masak, ketepikan.


utk sos putih

1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar (susu segar lupa nk beli, chesue campurkan susu cair dan bancuhan susu tepung-boleh la ye)
mozarella cheese (pun x de, so, chesue substitute ngan 6 keping cheddar cheese)
sedikit serbuk lada putih dan garam (x masuk garam pun x pe sbb keju dah masin)

panaskan pan, cairkan butter (guna api sederhana ye). bila dah cairkan,  masukkan tepung gandum. kacau sebati baru masukkan susu segar. pastikan kacau tanpa henti. bila susu dah merenih, masukkan keju dan matikan api. tp terus kacau hingga keju tu mencair. tmbhkan lada putih, kalau nk boleh tambahkan sedikit garam....tadaaa,...siap.

mari kita melapis...

dalam bekas tahan panas. chesue guna loyang 8" dan lapikkan aluminium foil supaya senang di alihkan ke pinggan bila dah masak nanti. memula letakkan lasagna, kemudian tuang kuah daging, ratakan, baru tuang sos putih dan lapiskan lagi lasagna dan ulangi langkah diatas hingga selesai. atas sekali biar sos putih dan taburkan mozarella cheese atau parmesan( yg ni skip sbb x de bahan). bakar suhu 160 c dlm 20 min (atau masak....siap blh makan. sepatutnya tunggu sejuk sedikit baru keluarkan dari loyang dan potong....tapi x dan nk buat....dah di tunggu....

Sunday, 17 November 2013

fruit pastry cake

sehari sebelum cuti sekolah ari tu, ada kawan call. "akak, sy nak tempah kek, boleh tak?, nak esok, bajetnya sekian2, yg penting ada 50 bj hokaido kek n yg lebih tu buat la apa2 kek pun, janji masih dlm bajet". alamak, last minute order ni, cek barang, ok beres semua ada. chesue pun reply kawan tu semula, ok bereh. pusing sini, pusing sana, dgn bajet yg agak ciput, kek apa yg sesuai ye? godek sana, godek sini, match dgn bahan2 yg ada, last sekali buatkan fruit pastry cake. resepi sebenar nakkan buah2an seperti peach, berries atau mana2 buah yg tak berair. dalam stock yg ada ada hanya fruit cocktail. G Pantai Timur PP, x der lak strawberry, camana nih...last2 fruitcoktail jd mangsa....janji jadi dan sedap...kalau dah kek campur buah, ehemmm...gerenti sedap....jom kita tgk camana kejadiannya dan resepi..


 
tadaaa....ni le kejadiannya...lain kali kena letak strawberry, br nampak meriah...

Bahan2nya:

100gm butter
150 gm gula kastor
3 bj telur A, pukul sedikit
60ml susu cair
1 sudu teh bes minuman oren sunquick (chesue gantikan dgn bes lemon, oren punya dah abis stok)
1 sudu teh esen vanilla
210 gm tpg gandum
1 sudu teh baking powder

500gm buah2an campur. gaul dgn 2 sudu besar gula pasir (chesue gantikan dgn fruitcocktail-sejatkan utk keluarkan air). kalau berair sgt takut kek mampat)

satukan susu cair dan bes sunquick, jdkan buttermilk. ketepikan.
ayak tpg gandum dgn baking powder.

cara:

memula, panaskan oven pd suhu 175c, lenser tin 8 inci, alas dgn kertas baking.

putar butter, gula dan bancuhan susu cair dgn bes minuman sunquick hingga kembang dan pucat warnanya.
campurkan telur yg telah dipukul sedikitt. putar sebati kemudian campurkan esen vanilla.. putar kelajuan minima hingga sebati baru kaup balikkan tepung. pastikan bergaul rata.

tuang adunan ke dalm loyang, susun buah2an atas kek, jgn tekan,
bakar selama 50-60 minit bergantung pada oven anda. tp selepas 40 min, tutup kek dgn aluminium foil utk elakkan buah2an tu hangus. bakar hingga masak. dah  masak, biarkan kek sejuk, keluarkan dr loyang. kalau suka bedakkan dia dgn gula aising...hehehe...kek pun kn pakai bedak...

Tuesday, 5 November 2013

Debaran Bermula

hari ni, 6 Nov 2013, hari pertama peperiksaan SPM bermula. semoga Aslam Husaini dn teman2 beroleh kejayaan. ini adalah titik permulaan kemana langkah dan haluan seterusnya. kejayaan abang akan jd pemangkin pada adik2. mama doakan yang semoga berikan yg terbaik pada abang....

rasanya mama yg berdebar lebih...semalam g jumpa anak kt asrama, dia sempoi je...relaks je...

Monday, 28 October 2013

Gula oh Gula

sejak bajet dibentangkan, chesue x berkesempatan utk bershopping lagi, tak tau apa cerita brg2 di pasaran. semalam chesue ke kedai KOOP 1M, tengok harga benda2 masih maintain, tapi cik gula kita dah jadi rm2.85. mak aih....kena kurangkan penggunaan gula...yeah...demi untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan pada masa yang sama bajet duit belanja. sebagai surirumah, chesue ada skit2 ambil tempahan buat kek, cookies dan skit2 dessert. penggunaan gula memang wajib, dah nama pemanis mulut. camana ye...perlukah harga jualan tu dinaikkan...adusss...fening...

Sunday, 27 October 2013

Graduasi MRSM PC

yesterday ke semalam ke kemarin...mana satu ekkkk....apa pun. 26 Oct 2013 merupakan hari graduasi ank sulung chesue Aslam Husaini. pejam celik pejam celik dh 5 thn nk bujang chesue "terkurung" kt asrama, menimba ilmu demi masa depan. dia selalu cakap dok sini mcm duduk dlm kotak...sabarlah sayang..kan dh nk abih, satu hari nanti mama pasti abang akan merindui zaman2 duduk dlm kotak. Ini kotak bukan sebaranag kotak, ianya kotak ilmu yg menjadi rebutan ramai pelajar di peringkat menengah.

6 Nov nanti, bermulanya peperangan sebenar, ye SPM bermula, all the best my dear son. mama selalu mendoakan semoga Allah swt beri yg terbaik utk abang dan adik2...aminnnn...

Friday, 25 October 2013

selamat malam

malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai dihati....lalala...apa kes ni chesue tetiba jiwang mlm2 buta ni?
macam ni kalau dh berseorangan, x tau apa nk buat...mata ngantuk tp x leh tido....en suami ngan Azim ke Cameron Highland, ikut rombongan sekolah..tinggal chesue sorang2 kt rumah...so buat apa sorang2 tu....layan la apa yg ada kt tv. orang lain sebuk ngan bola TRW lwn ATM, tp chesue x minat....tgk gitu2 je...sekadar nk tahu perkembangan, jgn lak jadi katak bawah tempurung...dah menang pun...tahniah pada TRW, pada pihak lawan...ala bola tu bulat....

org sebelah beria2 bersorak, chesue layan Halaqah hingga abih (cewahh...) tajuk Ahli Mesyuarat Tingkap...ya Allah mintak dijauhkan dr perbuatan yang membawa dosa...

dah abih Halaqah...jumpa pulak Sheikh (maaf lupa nama), a Muslim chinese guy (i guest) dalam Twins of Faith...alhamdulillah byk gak ilmu yg ditimba. tajuk x pasti tp kearah
'generating a future leadership". chesue tabik betul la ngan dia ni, surah yg dibaca lancar, menceritakan tentang pemimpin di zaman Rasulullah dan panduan melahirkan pemimpin masa hadapan. sapa pemimpin masa hadapan...anak2 kita la...bukan senang untuk melahirkan dan mendidik anak menjadi pemimpin. bg chesue sebagai seorang ibu, pemimpin bukan bermakna perlu memimpin negara dan sebagainya, yg penting boleh memimpin keluarga sendiri dahulu, menjadi imam, kemudian pada sosial sekeliling atau masyarakat sekeliling br blh menjadi pemimpin pada peringkat yang lebih besar kelompok manusia...celoteh apa ni panjangnya....

esok pagi chesue nk ke pengkalan chepa, majlis restu ilmu dan sembahyang hajat utk pelajar ting 5 MRSM PC. Aslam kan kt situ...dah dewasa ank sulung chesue...harapan mama agar Aslam menjadi pemimpin yang baik, tawaduk...contohi la kepimpinan Rasulullah saw dan sahabat2 baginda...aminnn.

ok la dah ngantuk ni. baik tidur sebelum mata jd segar semula...assalamualaikum....

Sunday, 20 October 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake



wah...cam fenomena pulak....skrg ni tgh glamor la cik hokkaido chiffon cupcake nih...chesue pun dpt byk permintaan dr teman2 (nk kt customer pun blh tp best sebut teman2 la ye...) best ke cc ni? ermm ckp lbh kan kt syok sendiri lak...tp mmg mabeles. rasanya lembut, gebu, sedap tak terkata. setakat ni chesue buat 2 jenis filling iaitu cream custard yg lemak manis dan lemon curd...fuhhh...bessstttt...



ni dia cik hokkaido chiffon cupcake yg tgh famos skrg ni
nampak mcm best tp mmg best...mn chesue dpt resepi ni. dlm kek mengekek ni  cheseu selalu refer kt blogger2 masakan yg begitu baik hati berkongsi resepi serta tips utk menghasilkan kek atau lain2 masakan dgn pembaca sekelian...kalu yg ni chesue amik resepi asal dari azlita masammanis. jom kita tgk resepi...

bhn2 A:
4 bj kuning telur A
30 gm gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak sayur (chesue guna minyak canola dr Felda)
55 gm tepung kek (superfine)*
20 gm tpg kastad*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil esen vanilla

bhn bertanda * hendaklah diayak 3 kali.

B
4 bj telur putih
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor

cara:
memula pukul putih telur dan garam dgn kelajuan sederhana hingga berbuih. campurkan gula kastor sedikit demi sedikit, terus pukul jadikan meringue (bertanduk - soft peak).

utk bhn A td...memula pukul kuning telur dan gula kastor dgn kelajuan sederhana. pukul sebati, kemudian campurkan vanilla, susu, minyak. pukul lagi dengan kelajuan minima (x pun gaul rata menggunakan spatula). kamudian kaup balik dengan tepung yg di ayak sebanyak 3 kali. pastikan ianya digaul rata sebelum masukkan bhn B secara berperingkat (masukkan 1/3 adunan setiap kali). gaul rata. 

p/s..chesue tambahkan sesudu jus lemon, selain utk menyedapkan, ia juga membuat kek lbh thn lama (ni tips dari rakan FB).

setelah gaul rata, tuang dalam paper cup 3/4 bhgian. hentak manja2 gitu...sblm masuk oven. bakar suhu 160c dlm 20-25 min (panaskan dulu oven tu 10 min). tp kepanasan bergantung pd oven masing2. biarkan sejuk br paipkan filling.

filling
cream custard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tpg kastad 
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 bj telur A
1 sudu t eh esen vanilla
1 sudu besar butter

campurkan tpg gandum n kastad serta gula kedlm mangkuk, gaul dgn susu segar. kacau sebati dan tidak berketul. campurkan telur serta esen vanilla. kacau sebati. masak atas api sederhana hingga likat dan sedikit kental (kalau kental sgt nanti susah nk paip kedlm kek). masukkan mentega. sebatikan. sejukkan seblm guna.

utk lemon curd
 (yg ni lupa lak ambil resepi sapa - sori ye tuanpunya resepi, anyway terima kasih byk2)
3 bj telur A - pukul ringan
120 ml jus lemon (2 bj)
2 sudu besar parutan kulit lemon, 
60 gm butter
2 sudu kecil tpg jagung
1 sudu besar whipping cream

dlm mangkuk telur td, dh pukul ringan telur tu...campurkan gula, pukul lagi. masukkan semua bhn, kacau rata dn x berketul. masak atas api sederhana, sentiasa kacau hingga pekat. matikan api, kacau lg hingga wap hilang. biarkan sejuk seblm digunakan.

selamat mencuba...alhamdulillah setakat ni mendapat sambutan hangat dr teman2...







Friday, 11 October 2013

Red Velvet Cheese Tart

allahai...lama sungguh chesue mencari resepi red velvet cheese tart ni. selalu google tp x pernah jumpa.chesua tau empunya  AlamSari, nun jauh di selatan, sedangkan kita kt pantai timur. dh lama teringin, tp jauh sgt nk order. last2 semalam masa jenjalan kt blog kawan2 terbaca kisah red velvet cheese tart yng bukan lg rahsia. apalagi godek la terus...terima kasih byk2 wahai Alamsari kerana sudi berkongsi resepinya...




tadaa...ni dia crust dia...sori a..nampak gelap sbb gambor dia amik pakai henpon je...x cukup cahaya la tu...
sini chesue turunkan resepinya..semoga ilmu yg diperolehi dr Alamsari dpt dipanjangkan pada penggemar tat yg lain, Alamsari, semoga Allah murahkan rezeki anda...tq so much....

utk crust (ni yg penting)

170gm marjerin (chesue guna marjerin buttercup seperti yg disarankan oleh Alamsari)
3 sudu besar gula ising
1 biji telur B
1/2 suduteh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu  besar pewarna meraah cair
@ blh ganti ngan 1 sudu kecil pewarna merah red velvet (serbuk)
270-290 gm tepung gandum

cara:
memula pukul marjerin dgn gula ising hingga sebati. guna senduk kayu je..
kemudian campurkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. masukkan pewarna merah, pukul lagi hingga sebati baru masukkan serbuk koko then pukul sebati.
lastly campurkan tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit. jika adunan dah x melekat kt tangan maknanya doh dah okay le tu...(ni petua dari Alamsari).
simpan sekejap dlm petisejuk dalam 10-15 min.
keluarkan dr petisejuk, tekan dlm acuan tat, bakar suhu 170c (20-25 minit).
Alamsari pesan, disebabkan warna adunan agak gelap, selepas 20 min, keluarkan satu crust, terbalikkan, kalu jatuh sendiri maknya dh masak, kalau tidak tambah lg dlm 5 min.
dah masak biarkan sejuk, baru bubuh filling.

untuk creamcheese
250gm creamcheese (biarkan suhu bilik dlm 10-15 min sebelum guna)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur B
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

utk filling
gunakan strawberry filling atau blueberry pun blh la...

utk creamcheese, pukul cc dan gula hingga lembut, then campurkan telur serta esen vanilla, pukul sebati. dah siap nanti masukkan strawberry filling sedikit, kemudian masukkan cc filling dlm kadar 1/3 dr crust. bakar 10 minit dgn suhu 170c.

tp utk tengahari ni, chesue br siapkan crust je...mlm nanti br buat filling dia...nantikan hasilnya....




Selamat Bertunang

sapa bertunang chesue? sebenarnya anak jiran chesue yang bertunang pada 5.10.2013 ari tu. since dh lama x jenguk blog, so lambat la skit nk wish bakal pengantin tu. angah ni br je abih belajar, dh jd doktor kt spital teganu...rasanya baru je tgk budak balik dr asrama then ambik SPM...tup..tup dh jd doktor...begitu cepat masa berlalu.

bila dok sorang2 chesue imbau balik, tgk ank2 org pastu tgk anak sendiri...pejam celik pejam celik Aslam dah nk SPM november nanti. Allahuakhbar...rasanya baru je anta dia kt MRSM PT, daftar form 1. skrg tgh struggle for SPM. 5 tahun hampir berlalu dia dok asrama, kemudian diikuti dgn adik2...Asyraf, Alia n Aimi...Azim.tu camana?..insyaAllah mudah2an ada rezeki untukNya. sebagai ibu, chesue selalu mendoakan yg terbaik utk ank2. camana ni dr cerita angan  bertunang jd cerita ank2 lak?

sambung balik cerita majlis pertunangan angah...ianya lbh pd majlis 2 dlm 1, merisik dan terus bertunang. yo la, pihak lelaki jauh, dr salak tinggi, selangor, jd permudahkanlah. tp ada jgk hantarannya. 5 dulang berbalas 7. chesue sebenarnya nk ucapkan terima kasih pd jiran tu sbb order 30 bj cupcake dr chesue....utk hantaran dan juga doorgift. so mlm tu, chesue pun bertungkus lumus la konon-kononnya...bg bakers lain 30 bj tu kacang je..tp bg chesue...hai...maklum la, kita bukan terror sgt bab deco ni, tp alhamdulillah setakatnya menjadi la jgk...tq ye k sah...

ni dia chocolate moist cupcake utk majlis pertunangan angah..harap2 berpuashati dgn kek cawan ni...





Wednesday, 25 September 2013

membebel

pepagi ni chesue nk bebel skit....opssss....bukan bebel tp lbh pd luahan perasaan?????????????
hidup kita x lari dr ujian, lain org lain jln ceritanya, tp percayalah Allah Maha Mengetahui...walau apa pun yg melanda, kita ada Allah, Dia lah tempat terbaik untuk kita mengadu, bukan pada manusia lain atau pada mana2 medium. skrg ni ramai sgt yang meluahkan perasaan melalui FB. chesue kureng berkenan cara tu. Nauzubillah....

ada jgk jenis yg bila dilanda masalah, semua org dia buat x kenal. kita pun kekadang terasa, apasal pulak org ni, selalu sembang2, tetiba menyepi. kita tertanya sendiri "aku ada buat salah ke?" ha...susahkan...chesue bkn jenis nk ambik tau sgt, so...buat x tau je la...biarkan si luncaai terjun dgn labu2nya....

Monday, 23 September 2013

Anak siapa tu?

Waktu petang dah camni rasanya nk tenagkan diri, tp tu semua jd mimpi ngeri...chesue dah x tau nk cakap apa. asal petang lepas waktu asar, ada je bebudak dok race motor kt highway yg dalam pembinaan tepi rumah chesue. Tension betul la..

Yang menghairankan, mak bapak diaorang macam tak kesah apa aktiviti anak dia orang, Dari pemerhatian chesue, mereka ni bukan tergolong dari org yg berada, tp senang2 je buang minyak...kan race membazir minyak. Dok press motor. makin kita tgk makin galak dia orang. Bukan x de yang menegur, tp dijawab mak bapak dia orang x kesah, apa kes kita pulak sebuk2.....herannya. ada yg accident, rupanya x serik2.

Bg chesue, anak2 walau pun dah besar panjang, adalah tanggungjawab ibubapa untuk memantau kegiatan dan kawan2 anak. Karang kalau kita bagitau kt makbapak, dia boleh kata jgn sibuk hal anak2 dia...

Nauzubillah...mtk2 ank2 chesue sentiasa di bawah peliharaanNya....

Saturday, 21 September 2013

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dan Petai Bertempoyak




menu org dolu2...masak lemak cili api pucuk ubi n petai bertempoyak...kawankan dgn ikan goreng n sambal belaccan...cukup utk 3 beranak dihujung minggu

Adusss....panjangnya nama....dah lama jugak rasanya x post masakan kt blog ni. Bukan x masak, tp kdg kala x sempat nk snap, ada gak yg dah disnap gambar tp x upload kt blog....alasan, macam2 boleh diberi....Ni menu hari ni, cukup la untuk 3 orang. anak2 lagi 4 tu x balik. Semalam g jenguk Aslam n Asyraf....Alia? br je anta ari Selasa ari tu, next week balik, sabau ye kakak, kita jumpa Khamis ni...
Lama betul rasanya x masak pucuk ubi, 2,3 hari lepas balik rumah bonda, kutip pucuk ubi, mula2 main celur gitu je, cicah budu, ada balance dia chesue masukkan dlm peti ais. dan hari ni tadaaa....jadi lauk lain.

Mai kita semak apa yg chesue campak utk jadikan ianya sayur yg mabeles...

Bahan2nya :
Pucuk ubi - rebus/celur, toskan n potong skit (kot panjang sgt, tercekik karang)
Tempoyak (chesue letak dlm sesenduk nasi)
Petai - chesue x kopek kulit, tp terserah la...ada org x makan kulit petai sbb rasanya skit kelat)
4 cawan santan - dari sebiji kelapa
Ditumbuk halus:
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
Cili api ( terpulang pada selera masing2, nk pedas bubuh byk)

Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar, bubuh gitu aje pun boleh,
2 batang serai - dititik je

Lain2 bhn cam biasa la garam, secubit gula, chesue x guna serbuk perasa kalu masak lemak, takut terlebih lemak   (mmg jarang guna serbuk perasa pun)

Caranya

Memula, masakkan bahan yg ditumbuk halus. Masukkan sekali ikan bilis, tempoyak, serai dan petai. Biarkan mendidih dan petai agak lembut, masukkan santan. Bila santan menggelegak, masukkan pucuk paku (ni last sbb dah masak). Perasakan ngan garam n gula. biarkan seketika. dah boleh dihidangkan.

Nak best lagi, makan dengan nasi panas, ikan goreng n sambal belacan, tak pun budu...pergh.....sedapppp...

Monday, 16 September 2013

Fikir fikirkan lah...

lama bebenor rasanya x update blog...bukan x de masa, tp entah kenapa, lately macam2 hal bercampur baur, cik M dtg, sakit gigi x sudah2, dah x tau bk tulis apa...tu la bila cik M menguasai diri, payah le...namun alhamdulillah, kerja rumah dpt dijlankan dgn baik...cuma part nk menulis...aish...payah.

akhir2 ni, chesue rasakan byk masa yg terluang dibiarkan begitu saja. tempahan sulaman hanya dtg sekali sekala, tempahan kek n tat pun hanya sesekali...jd byk kan masa lapang. chesue dok fikir apa yg patut dibuat selain dari rutin harian. dok belek2 kt internert, cari2 projek yg boleh dibuat utk isi masa lapang dan pd waktu yg sama boleh  menjana pendapatan....

mmg byk peluang  yg ditawarkan spt dropshipper, online bisnes, kerja2 dr rumah...tp kena fikir2 dan timbang2 dulu, yo la buat sesuatu keputusan  bkn senang. lagipun biar ianya berbaloi dan tidak tertipu dek macam2 ragam manusia diluar sana. ni nak kena bincang ngan cik abaang tersayang dulu....

Wednesday, 28 August 2013

Perut oh Perut

sejak lepas raya ni, perut ni asyik tak selesa je. Agaknya selepas sebulan berpuasa, bila raya je segala benda yg boleh dimakan dan halal, chesue main telan je...mana tak meragam kawan tu....natijahnya...ha...tanggung le sendiri. adus.. kan Rasulullah saw berpesan agar makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang...

Saturday, 24 August 2013

Acar Mentah


Acar mentah, campuran timun, karot, cili merah, bawang besar diperisakan dengan garam gula dan cuka. ada orang panggil jelatah. Selalunya dijadikan kawan bila makan nasi minyak atau nasi putih bilak berlaukkan samada gulai daging, ayam atau ayam masaka merah. tujuannay untuk menghilangkan rasa muak kuah2 bersantan. Cheseu suka hirup kuahnya...gabungan masam, manis dan masin serta sedikt pedas...waduh....

Aktiviti hujung minggu

chesue buat apa hujug minggu ni? memandangkan sesi persekolahan baru seminggu bermula, tak ada le ank2 yg balik berhujung minggu. Ank x balik, kita kena la pi melawat.....semalam, ke sekolah kakak. Dia pesan, mama bawakkan makanan. So, chesue masakkan penne bersos putih, serta kek lemon yogurt. Hari ni, dia kena sekolah ganti, sama la ngan papa n azim. Pagi semalam jgk Asyraf ke Kuantan, SMS SAH. perkhemahan badan beruniform antara SBP, pulang nanti hari Ahad. Semoga Allah permudahkan Asyraf di sana dan selamat segalanya.

Petang tadi, g jenguk Aslam. Esk dia ada jamuan raya, mintak buatkan kek coklat bersalut fresh cream. Sejak semalam bertungkus lumus sediakan kek coklat dan juga kek karot utk Azim. Alhamdulillah, siap juga kek utk abang dan adik. Malangnya, lupa nak snap gambar. Lain kali la....


Saturday, 17 August 2013

Sekolah dah mula

raya sudah, cuti sekolah dah abih, tinggal la hak mana ada kt rumah. semalam dah anta anak2 balik asrama. mula2 anta Aslam n Asyraf kt PC, kemudian Aimi kt KT. Nasib baik Farid n Wani sudi anta kakak kt Melor. Bayangkan dr PP ke PC then Ganu. ari ni, dah rasa sunyi sepi, x de lagi suara gaduh, bising2 kt rumah...adus.....tgu cuti sekolah pulak la.

Thursday, 15 August 2013

Sharing is caring

Tu ayat power ank buah chesue, Dyana. Sekarang ngajar kt KV Beufort, Sabah. Dia memang seorang yg ceria dan suka berkongsi. Sebelum tu rasanya belum terlambat utk mengucapakan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pengunjung rumah chesue ni. Dah lama x ber update rumah ni. Bila masa dan cik M bersatu maka x dapat den nk cakap lagi...

Cerita pasa sharing is caring. sebenarnya banyak resepi masakan yang chesue dapat hasil dari jelajah rumah blogger2 masakan, banyak yg dah dicuba, tp x sempat nk publish kt sini. TQ wahai sifu2 ku dan blogger2 senior.

Nak cerita satu kisah yg membuatkan chesue rasa terkilan sangat. Bagi chesue, apa yg diperolehi dari blogger masakan yg lain chesue kongsi jgk dgn kawan2 lain bila mereka bertanyakan sesuatu resepi, lg pun chesue pun bukan pandai sangat bab masak memasak ni. Ni cerita pasal kek karamel, ada permintaan dari sorang kawan, mintak chesue buatkan utk dia kek ni. masa tu chesue sendiri pun x reti dan x tahu camana nk buat kek ini. Lps bertanyakan ank buah chesue yg dah lama berk cari kecimpung dalam dunia baking ni, dia sendiri x pernah buat katanya, and dia suggest cari kt internet. Dipendekkan cerita, lps google menggoogle, akhirnya berjaya mendapatkan resepi tersebut. Dan percubaan pertama chesue berjaya. Ya lah sebelum bg org makan, kita kena makan dulu, jd ke tidak ke, sedap atau tidak. Dari situlah, permintaan kek karamel ni merebak (cam wabak la pulak) dan mendapat pemintaan yg agak hangat di kalangan cikgu2 sekolah en suami. Sampai ada yg mintak resepi dan chesue x kisah utk share resepi tersebut. Bg chesue jgn kedekut ilmu, itu ajaran arwah ayah dan bonda tercinta.

Satu hari Cg A (yg dah dpt resepi) anta mesej kt chesue, masa tu dah penghujung Ramadhan. Bertanyakan harga kek karamel yg chesue jual. Cam biasa kita x berprasangka cerita la sejujurnya. Mana la tahu kot2 ada order dari org yg bertanya. Sbb ada gak yg dah dpt resepi tp last2 order ngan chesue. x kisah la kan. Nak jd cerita, di akhir bermesej tu, ayat yg di tulis "ok la akak, nanti kalau ada org order saya bgtau akak". 

Allah Maha Kaya, dah dkt nak raya, ada customer order kek keju blueberry dari chesue. Masa dia dtg amik kek tersebut, dia pun bercerita, lps ni nk gi ambik kek karamel dari dari cg A...opss tersentak chesue dibuatnya. Patut la beria2 tanya harga. Nasib baik blh cover line. Chesue pun tya berapa harga dia jual...lagi terkejut, wah jauh  lbh murah dari yg chesue letak. Rasanya harga chesue mmg dah cukup competetive..sblm tu mmg chesue dah survey kt pasaran sekitar Pasir Puteh dan juga dari blogger2 lain. Sebenarnya chesue x le marah, itu hak masing2, tp yg membuatkan chesue kecewa teramat sangat dia mempermainkan kita, ya la, kita kan surirumah sepenuh masa, dkt2 raya carilah duit poket skit, tp cara dia mencantas waduh....patutlah kalu tahun2 lepas, bila nk raya je, utk kek karamel, order boleh mencecah sampai 20 bj, tp thn ni jatuh merudum...terkilan...tp rezeki kita di tangan Allah...cik suami ckp, x pe la....sabar lah hati.....anyway, chesue x kan serik jika kawan2 mtk resepi, sharing is caring.....

Wednesday, 3 July 2013

Bila 'M' Datang

Ahh...siapa yang datang chesue? Blog ni dah lama rasanya tak dijengah....bizi...apa surrumah cam chesue pun bz ke....Sebenornya bila si M datang segala yang dibuat tak  menjadi.....sejak dua menjak ni rasa blurrrr je.

Penyakit M ni kalu  dibiarrkan nanti melarat....dah kena buang jauh-jauh..Paksa diri gak buatkan sampel kuih raya...kot2 ada yang berkenan. So, terbitlah Biskut Untaian, Cookies ala Famos Amos dan Dahlia...sebenarnya lebih pada untuk makan sendiri....alhamdulillah ada jugak yg berminat. Dapat la skit duit raya....

Nanti bila dah cik Rajin datang, chesu upload gambar2 cookies tersebut....chow dulu...

Wednesday, 26 June 2013

Jerebu oh Jerebu

Ianya datang tanpa di undang, hadirnya membawa pelbagai gejala penyakit...Tp ini merupakan satu ujian dariNya agar kita sentiasa mengingati Allah Yang Satu...

Dan alhamdulillah, nampaknya keadaan dah bertambah baik. Hadirnya hujan yang membasahi bumi, mengurangkan masalah yang dihadapi....moga2 keadaan kembali pulih seperti sedia kala....

Lagipun tak berapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak....harapan chesue semoga dapat mempertingkatkan lagi bekalan yang akan dibawa pulang nanti.....teringat bait2 lagu nyanyain kumpulan Kopratasa (kalau x silap). al maklumlah dah lama tak dengar lagu ni...ianya sungguh menginsafkan...

KITA DATANG INI
KOSONG TANGAN, KOSONG DADA
BILA PULANG NANTI
BAWA DOSA BAWA PAHALA......


Thursday, 20 June 2013

Selamat Petang

Eh dah nk senja ni...bukan petang lagi....Sunyi je minggu ni. Ingatkan minggu ni kakak n Aimi balik, rupanya tidak....Aslam lagi la...sibuk memanjang...hanya Asyraf n Azim je ada kt rumah....

Aslam page tadi bertolak ke MRSM Merbok, ada volleyball tournament, inter MRSM. Balik Ahad nanti...

Kakak balik kejap, petang balik, subuh-subuh tadi dah anta balik asrama, kul 10 pagi tadi bertolak ke Lata Belatan, Besut. Perkhemahan badan beruniform sampai Sabtu.

Aimi lak call smalam, hari ni ke Damai Beach Resort, English Camp....Nasib baik cikgu2 Faris Petra ada program kat Cameron Highland, dapat gak Asyraf balik bercuti, walaupun 2 hari....

Anak-anak mama dah besar...semoga menjadi anak yg soleh dan solehah, hebat dan cemerlang di dunia dan akhirat.....


Tuesday, 18 June 2013

Selamat Malam

Eh..dah tgh malam ni....nagntuk ada, tp mata tak  nak pejam....malam ni tinggal chesue dgn Azim je kt rumah. Cik abang ke Sweet Beach Resort...program motivasi dan rehat minda pelajar UPSR. Dah jadi tanggungjawab cikgu menjaga anak-anak murid dari segi keselamatan, keperluan, disiplin dan macam-macam lagi....tanggungjawab dan amanah oleh ibubapa...

Biasalah, kalu dah kena tinggal tu....alahai sukarnya nk tidor...ni yang dikatakan sayang isteri tinggal-tinggalkan.....emmmm.....kejap je...esok pagi cik abang balik kejap sblm kena pergi SMK Jeram, kursus lagi....

Khamis ni Asyraf je yang balik berhujung minggu, Aslam ke MRSM Merbok.....anak sulong chesue ni mmg busy memanjang...sukan lah...kursus itu ini..mcm-mcm...yang Alia n Aimi lak balik minggu depan. Ya lah, sejak masing-masing dok asrama ni, susah nk berkumpul anak beranak. Kena tgu  cuti sekolah...apa-apa pun mama doakan semoga segala urusan anak-anak dipermudahkanNya dan sentiasa di bawah rahmatNya. Amin...


Wednesday, 12 June 2013

Asam Pedas utk B'day Girl

Last 7th June 2013 satu-satunya ank sedar perempuan yg chesue ada....Nur Asyrani Hanis. Dulu kecik-kecik chesue yg jaga, jd kami dh serasi dan tau peel masing-masing...ngeee....

Sekarang dah besar dah jadi cikgu n dah pun berkahwin December 2012.....tokei kek kt Saujana Putra ni. Dulu chesue jaga, skrg dah jd sifu chesue dlm kek mengekek....

So, sempena birthday dia, dan kebetulan chesue kt lepak kt rumah dia untuk  konvo cik abang pakej bwk anak2 jlan-jalan makan angin, dia mintak masakkan asam pedas ikan merah...yalah, dah nama tokei kek, takkan nk mintak kek dr murid lak....



Ni dia rupa asam pedas ikan merah. Tapi tinggal isi je, sebab kepala dah masuk perut semalam. Ank sedara chesue si Nasri mtk masakkan kari ikan merah....hai...mcm2 peel anak2 sedaraku...Nasri n isteri, Dyana smlm bertandang kt rumah Kak Asy. Masak ramai2. Tp biasa la dah chesue jd org tua masa tu, jd terpaksa la jd chef...alahai perasan lak dia...

Resepi asam pedas ni versi chesue sendiri. Yalah, asalnya belajar dari kakar ipar, org Johor, tp diolah ikut tekak sendiri. Camana pun, masing-masing makan hingga licin.

Jom tengok apa yg chesue bubuh...

Bahan-bahan:
4 ketul ikan merah (agk2 dlm 1 kg) bersihkan, rendam dlm air asam jawa sekejap
2 senduk mkn cili kisar (nk pedas tambah lg)

Apa yg dikisar?
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan
2 biji buah keras

Tambahan:
lengkuas - dititik
Serbuk kunyit dlm 1 sudu teh
1 btg serai - dititik
Air asam jawa secukup rasa
Garam, sedikit serbuk perasa
Minyak utk menumis
Daun kesum
Bunga kantan
Kacang bendi (optional)
Terung (optional- x bubuh pun sebab x de)
Tomato masak

kalau nk pedas lagi, tambahkan cili pada...mesti berasap punya.....

Cara :
Memula, panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga masak, masukkan air asam jawa, serbuk kunyit, serai dan lengkuas. Biarkan seketika, tambah air secukupnya untuk kuah.

Biarkan hingga kuah mendidih, baru masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, dan sayuran lain kalau nak. Tambahkan bahan-bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga ikan masak. Sedia dihidang....

Ni best bila digandingkan dengan telur asin, sambal belacan atau tempoyak dan tauge goreng simple....

Selamat mencuba......









Syukur Alhamdulillah


8 Jun 2013, Sabtu bertempat di PWTC. Alhamdulillah, akhirnya suami tercinta berjaya menggenggam segulung ijazah. Setelah melalui pelbagai kekangan kini cik abang dah boleh menarik nafas lega....

Impian ni dah bertahun disimpan namun pelbagai faktor yg tidak dapat dielakkan, ianya tidak dicapai dalam waktu yg sepatutnya. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya. PerancanganNya melebihi segala-gala.

Tahniah buat suami tercinta, semoga impain yg dicapai menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam semua bidang dan juga ianya peransang pada anak-anak kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat.....











Friday, 17 May 2013

16 Mei yang amat bermakna

16 Mei.....Selamat Hari Guru buat guru-guru seluruh Malaysia amnya dan khas buat suami tersayang, Azman Md Shariff, anak buah yang dah jadi cikgu, Nur Asyrani Hanis, Mohd Asmui Hanis, Intan Norshada, Ahmad Nasri, Dyana, Ishak Riduan dan Fazidah Kamari....jasa kalian pada anak bangsa amat besAar...semoga sentiasa di berkati dan dilimpah rahmatNya....GURU MALAYSIA: SATU ASPIRASI SATU AGENDA.....sori baru hari ni berkesempatan update blog....

16 Mei juga merupakan hari lahir anak sulung chesue Aslam Husaini. Dah 17 tahun anak bujang mama. Tahun ni akan menghadapi peperiksaan SPM. Penentu masa depan dan arah tujuan, Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah swt selalu. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mama. Tiada yang diharapkan oleh seorang ibu selain dari kebahagiaan anak2 di dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh dan sentiasa mentaati perintahNya. 

Anything special for them? Wah cakap org putih lak.....yeah...adala skit buah tangan utk cikgu. Sempat chesue siapkan orange cupcake dan red velvet in the jar....ni buat khas utk cikgu SK Kamil 1. Maknanya Azim je la yg bagi  kat cikgu. Lagi empat anak chesue dok asrama, so dia org kata mama x payah  buat apa2. Dia org handle sendiri....hemmm....anak2 dh besau panjang.

Orange Cupcake with Buttercream



Cik Red Velvet in the Jar



Sepatutnya cik red velvet tu kat dalam jar...tap pusing satu Pasir Puteh sampai Jerteh, x jumpa jar yg dihajati.....maka bekas plastik ni pun jadilah....Chesue buat sebiji kek red velvet, kemudian potong masuk dalam bekas, paipkan je buttercream ke dalamnya. Chesue cari creamcheese, tp kt kedai bakeri tu abih stok, so untuk hilangkan rasa jemu, buttercream tu diadun dgn sedikit perasa oren sunquick...


Red Velvet Cake with Creamcheese


Lebihan kek yg masuk bekas untuk cikgu, chesue potong dua, letak buttercream kt tgh n atasnya, then taburkan serbuk red velvet. Memang mengancam....kolesteral.....x pa, lepas ni telan cuka kurma campur madu....

Tuesday, 14 May 2013

Bulan Mei yg meriah

Dari pengamatan chesue, bulan Mei ni penuh dgn pelbagai sambulan, hari ibu, hari jururawat, hari guru dan yg paling penting Mei thn ni merupakan tahun pemilihan siapa pemimpin kita. Rasanya belum terlewat utk chesue mencuit sedikit pasal pilihanraya hari tu....yg jatuhnya pada 5 Mei......pada yg menang tu, ingat ini masanya utk menunaikan apa yg dijanjikan. Yg penting ialah amanah sebagai pemimpin sebuah negara.....jgn sampai esok ditanya apa yg telah anda lakukan sebagai pemimpin....

Aik...membebel lak dia. Sebenarnya x de apa yg nak dipostkan, cuma nk kongsi rasa....sambil2 tunggu tat telur masak....bukan utk breakfast...tp suami nk bawa ke sekolah...atas permintaan teman-teman seperjuangan...boleh la tambah pendapatan skit....kawan Azim pun nk jugak....kt Pasir Puteh ni ada kedai kek, tp yg jual tat telur ke cheese tart atau yg seangkatan dengannya x de...so, chesue yg dalam kategori boleh buat skit2 ni....ambiklah tempahan.....alhamdulillah....

Ni dah masuk 5 Rejab....sekejapnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik....dah nk raya....bulan ni eloklah bawak bawak puasa sunat....tambah2 yg mana tak cukup. Banyak fadilatnya....yolah sebagai peringatan pada diri sendiri.....

Sunday, 12 May 2013

hujan oh hujan

lama benar rasanya bumi pasir puteh x hujan, dan alhamdulillah, dalam kul 5 ptg td hujan rahmat turun dgn agak lebat. walaupun x lama, namun syukur ke hadratNya, pepohon nampak segar, rumput yg mula menguning di laman kembali spt asal....sejuk, nyaman. bersyukurlah kita dgn kurnianNya.

Panas, hujan, mendung....semua ada hikmah utk kita semua.....

Wednesday, 24 April 2013

Dia Yang Maha Mengetahui

Allahuakhbar......Dia Yang Maha Penyayang. Dia adalah Perancang yg mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.....sesungguhnya kita hamba yg kerdil dan sentiasa mengharap akan petunjukNya...

Apa cerita chesue.....ingin chesue kongsi satu kebesaran Allah swt. Ptg td bawa anak kawan jumpa perawat Darul Syifa dkt Binja, dekat Kota Bharui....asalnya kena gangguan semasa di asrama. Niat hati ingin menolong kawan dan anaknya. Kesian anak yg nak belajar, pulak diganggu oleh syaitan. Bayangkan kalau itu terjadi pada anak kita. Pakat dengan suami...maka kami bawa mereka jumpa Us Osman.

Setelah anak itu dirawat, dibekalkan dengan doa dan air yg telah dibacakan ayat-ayat syifa....moga2 Allah menyembuhkan penyakit yg dialami. Selesai kes dia...suami chesue pun mengadap ustaz tersebut....alang-alang dah ke sana, nk jugak mintak air penawar utk anak2 sendiri. 2 in 1...mcm kopi lak....chesue pun menempel la sebelah suami...alih-alih ustaz tu cakap pada chesue "skrg roh awak diganggu oleh iblis laknatullah, benda tu menegur saya td". Allahuakhbar....Allah Maha Besar....

Ustaz tya ada mimpi org mati atau binatang berbisa ke? Mmg lately chesue mimpi arwah2 yg kembali kepadaNya dtg, tp buat tak tahu je...dlm hati ckp, mmg chesue rindukan arwah ayah, abang dan kakak2 yg tlh kembali menemuiNya. Dua mlm lps mimpi lak ular dtg, lps tu seolah-olah ada suara yg membisik agar chesue jumpa Ustaz Osman. Selalu gak chesue dgr kalau kita bermimpikan binatang bisa dan org yg dh meninggal ada petanda roh kita diganggu oleh syaitan...

X rasa apa2 ke...sakit-sakit badan ke atau apa2 perubahan....ckp kt suami, kalau setakat rasa x sedap badan tu biasa la....bila dh msk pertengahan 4 series ni...mcm2 la...tp x sangka ini yg terjadi...

Kata Ustaz Osman, benda tu blm sebati dlm badan dan Allah sentiasa memberi ruang utk kita berubat dgn apa cara sekalipun, dgn syarat tidak bertentangan dgn syarak dan hukum Islam.

Dan..chesue pulang berbekalkan beberapa doa utk amalan. Ustaz menyarankan bacaan Selawat Syifa' 21x dan ayatul Kursi 41x sehari semalam. Allah menguji hambanya dgn pelbagai cara. Sekiranya kita redha dan pada masa yg sama berusaha utk mencari jln penyelesaian serta sentiasa berdoa, InsyaAllah ada jalan keluar.

Moga-moga Allah memperkenankan doa hambaNya ini.....sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita....

Saturday, 13 April 2013

hujung minggu yg sibuk

Program hujung minggu i agak padat. Jumaat semlm, ada majlis bacaan Yassin kt rumah bonda. atas permintaan beliau. Majlis 2 dlm 1.....di samping mengalunkan surah Yasin, bonda dpt berjumpa dgn teman-teman yg dh lama x ditemui.

Juadah agk simple....dgn bantuan sedara mara kami menyediakan bihun goreng, sementara kuih muih sumbangan kenalan dan sedara mara. tp syg x sempat nk snap momen2 tersebut. Chesue n kakak berkejar ke sana kemari. takkan nk mengharapkan sedara je yg kerja. Majlis kita.....alhamdulillah...segala berjalan lancar....penat...jgn ckpla....tp utk memenuhi permintaan seorg ibu....adus...

Ari ni lak....nk anta kakak balik asrama...nasib baik dia ank yg baik....kain bj yg nk bawa di urus sendiri...masa mula-mula msk asrama thn lps....segala persediaan ke asrama mama yg sediakan...ank mama dh pandai berdikari n urus diri sendiri...my beloved princess Nur Aliah Maisarah....

Tp naluri sorg ibu...tiap kali ank nk blk asrama, dia lah yg paling kalut....hehehe...apalg kalu keempatnya balik bercuti...lps nk pulang ke asrama...alahai.....x larat nk bygkan....esk nganta Aimi lak....

Wednesday, 10 April 2013

salam tengahari

alhamdulillah. semalam turunnya hanya sekadar membasahi bumi. hari ni agak lebat walaupun sekejap. suasana redup menyelubungi alam.


suami chesue ke PCB resort, kursus softbol kejurulatihan peringkat pantai timur utk 3 hari. tinggal kami dua beranak....alahai...sunyinya bila yg tersayang tiada di sisi. kata org sayang isteri tinggal-tinggalkan....hemmm...esk ank perempuan chesue balik..yeah....rindu kakak....






Monday, 8 April 2013

sapu habuk tu....

wah lama betul x online....hambatan waktu dan kedatangan cik 'M', idea pun x dtg dan bla...bla...senang cerita, alasan sebenarnya tu untuk x update blog...

cuti sklh dah berlalu, anak-anak berkumpul...alhamdulillah. sibuk pula dengan majlis perkahwinan anak sedara chesue, Ishak Ridwan dan isterinya Syahida. selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga hujung nyawa.

kalu dh semua berkumpul, ank sendiri, ank sedara mcm-mcm ragam n cerita. peel masing-masing berbagai. ditambah lak dgn permintaan menu-menu...adus...bibik pun mau berhenti buk.....

byk gambar yg diambil, lain kali lah upload. dh ptg ni....

telinga pun bingit dgn bunyi motor si mat rempit yg tgh merempit kt jln sblh rumah. nk ditegut, depa ramai. mak bapak pun bkn jauh, kwsan ni gak, tp masing2 buat derk...aje....tgu ank dah patah riuk ke icu....br nak bukak mata gaknya.....geramnya aku......

Friday, 22 March 2013

aimi d' IMTIAZ



persembahan oleh pelajar Tingkatan 1 IMTIAZ Kuala Trengganu. ank mama dh besar berani berada di stage....Alhamdulillah.

Wednesday, 20 March 2013

kuzi ayam



ni kuzi ayam chesue masak Jumaat tiga minggu lepas. khas utk anak2. cicah roti je, nk buat roti jala x sempat nk menjala. mmg setiap Jumaat jadual chesue agak padat. lps sembahyang Jumaat je, kami terus ke sekolah ank, ambik Aslam kt MRSM PC kebetulan minggu ni dia outing, bwk ke tempat Asyraf kt Faris Petra. kebetulan lak Aimi n Alia balik bercuti hujung minggu. mkn ank beranak kt padang sklh. best gak. piknik beramai-ramai. skrg ni nk kumpul anak2 bkn senang. tunggu cuti sklh je la. x pe esk dah mula cuti semester. blh jumpa lagi.
o..ya kuzi ni chesue guna resepi kakak ipar, lepas tu oter skit-skit...ikut selera anak-anak. sebenarnya chesue x de sukatan spesifik, main agak-agak (ikut cara org lama) jom semak bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:
1 kg ayam (dipotong, basuh n perap dgn campuran halia, saffron, bwg putih n garam)
2 biji bawang besar di dadu dan goreng

bhn goreng:
15 ulas bawang merah - mayang
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kuzi (bancuh dgn sedikit air)

lain-lain
1 tin susu cair
1 cawan minyak sapi
1 botol sos tomato (chesue guna 1 tin kecil tomato pes)
1 1/2 - 2 cawan air
minyak untuk menggoreng
garam
gula

cara-cara
1.  goreng bawang merah yg dimayang hingga garing. kemudian minya yg sama goreng kismis, kemudian badam. goreng juga bawang besar yang didadu. ketepikan.
2. goreng ayam setengah masak. ketepikan.
3. menggunakan minyak sapi, tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. masukkan rempah kuzi. kacau hingga masak.
4. masukkan air, sos tomato dan susu cair. renihkan seketika. masukkan ayam. bila kuah mula menggelegak dan ayam masak, masukkan kismis, badam bawang besar n bawang merah yg digoreng.
perisakan dengan garam dan gula. kacau sebati, matikan api...dah.....siap
5. utk hiasan taburkan bawang merah goreng dan daun bawang.

 sesuai utk dimakan dengan nasi atau cicah roti. selalunya untuk dijadikan sebagai lauk, chesue buat acar timun mentah atau kalau rajin dtg, buat acar masak, sambal belacan n telur asin...nyam...nyam...


Tuesday, 12 March 2013

sayur petola segi

ni kira entri tertangguh....chesue masak Ahad lepas. dek kesuntukan masa x sempat nk update cerita hari tu. kt suami...aik....blog baru pun dh masuk habuk....apa nk buat.
ahad lepas chesue masak sayur petola segi. oghe kelate panggil sayur tenne...sayur ni biasa-biasa je, tp bg chesue nilah sayur yg best dan berkhasiat. suami siap hirup mcm sup tulang....
selalunya sayur macam ni di makan dgn ayam goreng atau ikan goreng. ada budu lg best.....x pun sambal belacan.
kita tgk apa bahannya....

bahan2 :
2 biji petola segi (buang tepi belah dua dan di potong serong)
1 biji karot ...tp stock chesue dh abih..
1 biji bawang besar (dibelah empat)
100gm udang basah (di bersihkan)

bhn tumbuk
2 ulas bwg putih
3 ulas bawang merah
1 sm halia
2 sudu besar udang kering @ ikan bilis

minyak utk menumis
cili merah besar (utk hiasan..tp x bubuh pun)
air dlm d 2 stgh cawan
garam secukup rasa

cara-cara:
panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga wangi. masukkan udang dan kacau sekejap. kemudian masukkan air. biarkan menggelegak. masukkan petola, karot (kalau ada), bawang besar yang di belah 4.
dah masak br masukkan cili besar yg dibelah 2.


jauh perjalanan


apa?????byknya isi minyak.....kereta ke bas ke apa ke.....nk gi mana? hehehe.....

Sunday, 3 March 2013

kerapu masam manis


salam sejahtera...dh berapa hari x post apa2. cuaca mendung...line slow (alasan..walhal kerajinan kurang). ni chesue masak last thursday...dua ank balik dr asrama, 2 lg x leh balik...so, masak special skit la...kasi ank2 hepi....lps masak bergegas ke sekolah ank bongsu (erkkk bongsu ke?) ada PIBG. walaupun suami mengajar kt sekolh sama...tp dia ada tugas lain, so chesue mmg IBU yg rastali...kehadiran WAJIB...
ikan kerapu masam manis ni versi chesue...jom tgk apa yg dh chesue masukkan...tp gambar dia agak blur..biasa la pakai camera handphone.....

bhn2 dia...
sekor ikan kerapu (lbh krng 500gm) - bersihkan, lumur garam, bwg putih, halia dan tpg jagung.

bhn tumbuk (chesue blend je...)
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
sedikit halia
2 biji cili merah (terpulang...kalu nk pedas masuk cili padi...ank2 suka sikit pedas je..)

lain-lain
2 sudu besar sos tomata
2 sudu besar sos cili
sedikit sos tiram
garam, gula
sebiji limau kasturi (x de stok, maka lemon jd mangsa)
sebiji bawang besar- dipotong bulat
daun bawang
minyak untuk menggoreng

cara :
goreng ikan hingga masak. ketepikan.

keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
tumis bhn tumbuk hingga naik bau. masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
masukkan sedikit air utk kuah. renihkan hingga masak.

perasakan garam dan gula, sedikit perahan lemon. lastly ,masukkan bawang besar yang telah dimayang. biarkan layu seketika. kalu kuah agak cair, campurkan sesudu teh tpg jagung yang dibancuh dgn sedikit air. dah masak.....matikan api. siram kuah td ke atas ikan...tabur daun bawang yang telah dihiris halus....hidang kan bersam sambal belacan dan sup sayur goreng...





Friday, 22 February 2013

apa nk masak

selamat tengahari. nk masak apa ye hari ni....dah tghari ni...idea lum mai lg. td pun breakfast lewat...maklum la weekend...ketidakrajinan melanda..
ptg nanti kena attend PIBG SMKA Melor....perkara yg plg membosankan bila hal sklh entah ke mana...agenda lain lak yg timbul...

duku oh duku



duku vs dokong


cerita bermula bila kami on the way anta ank blk sklh di K. T'ganu. ank bongsu chesue ternampak gerai menjual buah duku di Kg Tiruk, dkt KT. "pa, nk duku, rm2 je sekilo". jwb suami, "x sempat brek ni..kt depan ye....". dlm 300m, si adik menjerit, "tu..gerai duku..". "Alamak x sempat brek lg. ada lg kt depan tu..." last last dh sampai ke destinasi. "kita beli on the balik nanti ye.." pujuk chesue. nk jd cerita, kedua-dua gerai dh tutup, jualannya habis. kempunan....rupa-rupanya rezeki ada kt Kg Gemuruh..tp reganya dh jd rm3.00 sekilo. jd lee dr kempunan.
munkin ada yg x berapa kenal buah duku dan dokong. rupa lbh kurang, rasa sama manis. bezanya duku kulit agak tebal dan isinya agk kenyal. dokong berkulit nipis isi lembut.

hasil sulaman tudung bawal

santapan mata


tempahan dari rakan sekerja en hubby...tq Ani. harap berpuashati dengan kombinasi warna pada tudung pink ini.....

Thursday, 21 February 2013

bila roh dikuasai syaitan...

ngeri dan seriau mendengarnya. kdg-kdg kita sakit, bila jumpa doktor, disahkan sihat! what's wrong? carilah perawat yang berasaskan al Quran. bila mimpikan binatang berbisa, ganas dan liar atau org yg dh lama meninggal, itu petunjuk roh kita sdg dikuasai syaitan, natijahnya jasad yg sakit. setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati...

Tuesday, 19 February 2013

dunia chesue

assalamualaikum...salam ukhwah dan salam perkenalan untuk pengunjung semua. terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini. blog ini adalah nukilan seorang wanita yang banyak menghabiskan masa di rumah...ehemm...seorang isteri kepada suami yang penyayang, ibu kepada empat putera yang soleh dan seorang puteri solehah. apa yang dinukilkan adalah dalam blog rojak ini adalah pendapat chesue semata-mata. sekiranya ada aktiviti yang menarik tak kiralah...aktiviti memasak ke, menjahit ke..atau apa-apa aje yang dirasakan boleh dikongsi bersama akan dimuatkan dalam blog ini.  ia hanya salah satu cara chesue mengisi masa yang senggang dalam kesibukan mengurus rumahtangga...opss..sibukkah seorg surirumah..tepuk dada tanya iman...

Monday, 18 February 2013

hasil sulaman

Assalamualaikum, tudung bawal sulam tali kasut atau bungan bayang. tempahan teman lama untuk birasnya....tq Nazzar...harap berpuashati....fully handmade.