Wednesday 26 June 2013

Jerebu oh Jerebu

Ianya datang tanpa di undang, hadirnya membawa pelbagai gejala penyakit...Tp ini merupakan satu ujian dariNya agar kita sentiasa mengingati Allah Yang Satu...

Dan alhamdulillah, nampaknya keadaan dah bertambah baik. Hadirnya hujan yang membasahi bumi, mengurangkan masalah yang dihadapi....moga2 keadaan kembali pulih seperti sedia kala....

Lagipun tak berapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak....harapan chesue semoga dapat mempertingkatkan lagi bekalan yang akan dibawa pulang nanti.....teringat bait2 lagu nyanyain kumpulan Kopratasa (kalau x silap). al maklumlah dah lama tak dengar lagu ni...ianya sungguh menginsafkan...

KITA DATANG INI
KOSONG TANGAN, KOSONG DADA
BILA PULANG NANTI
BAWA DOSA BAWA PAHALA......


Thursday 20 June 2013

Selamat Petang

Eh dah nk senja ni...bukan petang lagi....Sunyi je minggu ni. Ingatkan minggu ni kakak n Aimi balik, rupanya tidak....Aslam lagi la...sibuk memanjang...hanya Asyraf n Azim je ada kt rumah....

Aslam page tadi bertolak ke MRSM Merbok, ada volleyball tournament, inter MRSM. Balik Ahad nanti...

Kakak balik kejap, petang balik, subuh-subuh tadi dah anta balik asrama, kul 10 pagi tadi bertolak ke Lata Belatan, Besut. Perkhemahan badan beruniform sampai Sabtu.

Aimi lak call smalam, hari ni ke Damai Beach Resort, English Camp....Nasib baik cikgu2 Faris Petra ada program kat Cameron Highland, dapat gak Asyraf balik bercuti, walaupun 2 hari....

Anak-anak mama dah besar...semoga menjadi anak yg soleh dan solehah, hebat dan cemerlang di dunia dan akhirat.....


Tuesday 18 June 2013

Selamat Malam

Eh..dah tgh malam ni....nagntuk ada, tp mata tak  nak pejam....malam ni tinggal chesue dgn Azim je kt rumah. Cik abang ke Sweet Beach Resort...program motivasi dan rehat minda pelajar UPSR. Dah jadi tanggungjawab cikgu menjaga anak-anak murid dari segi keselamatan, keperluan, disiplin dan macam-macam lagi....tanggungjawab dan amanah oleh ibubapa...

Biasalah, kalu dah kena tinggal tu....alahai sukarnya nk tidor...ni yang dikatakan sayang isteri tinggal-tinggalkan.....emmmm.....kejap je...esok pagi cik abang balik kejap sblm kena pergi SMK Jeram, kursus lagi....

Khamis ni Asyraf je yang balik berhujung minggu, Aslam ke MRSM Merbok.....anak sulong chesue ni mmg busy memanjang...sukan lah...kursus itu ini..mcm-mcm...yang Alia n Aimi lak balik minggu depan. Ya lah, sejak masing-masing dok asrama ni, susah nk berkumpul anak beranak. Kena tgu  cuti sekolah...apa-apa pun mama doakan semoga segala urusan anak-anak dipermudahkanNya dan sentiasa di bawah rahmatNya. Amin...


Wednesday 12 June 2013

Asam Pedas utk B'day Girl

Last 7th June 2013 satu-satunya ank sedar perempuan yg chesue ada....Nur Asyrani Hanis. Dulu kecik-kecik chesue yg jaga, jd kami dh serasi dan tau peel masing-masing...ngeee....

Sekarang dah besar dah jadi cikgu n dah pun berkahwin December 2012.....tokei kek kt Saujana Putra ni. Dulu chesue jaga, skrg dah jd sifu chesue dlm kek mengekek....

So, sempena birthday dia, dan kebetulan chesue kt lepak kt rumah dia untuk  konvo cik abang pakej bwk anak2 jlan-jalan makan angin, dia mintak masakkan asam pedas ikan merah...yalah, dah nama tokei kek, takkan nk mintak kek dr murid lak....



Ni dia rupa asam pedas ikan merah. Tapi tinggal isi je, sebab kepala dah masuk perut semalam. Ank sedara chesue si Nasri mtk masakkan kari ikan merah....hai...mcm2 peel anak2 sedaraku...Nasri n isteri, Dyana smlm bertandang kt rumah Kak Asy. Masak ramai2. Tp biasa la dah chesue jd org tua masa tu, jd terpaksa la jd chef...alahai perasan lak dia...

Resepi asam pedas ni versi chesue sendiri. Yalah, asalnya belajar dari kakar ipar, org Johor, tp diolah ikut tekak sendiri. Camana pun, masing-masing makan hingga licin.

Jom tengok apa yg chesue bubuh...

Bahan-bahan:
4 ketul ikan merah (agk2 dlm 1 kg) bersihkan, rendam dlm air asam jawa sekejap
2 senduk mkn cili kisar (nk pedas tambah lg)

Apa yg dikisar?
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan
2 biji buah keras

Tambahan:
lengkuas - dititik
Serbuk kunyit dlm 1 sudu teh
1 btg serai - dititik
Air asam jawa secukup rasa
Garam, sedikit serbuk perasa
Minyak utk menumis
Daun kesum
Bunga kantan
Kacang bendi (optional)
Terung (optional- x bubuh pun sebab x de)
Tomato masak

kalau nk pedas lagi, tambahkan cili pada...mesti berasap punya.....

Cara :
Memula, panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga masak, masukkan air asam jawa, serbuk kunyit, serai dan lengkuas. Biarkan seketika, tambah air secukupnya untuk kuah.

Biarkan hingga kuah mendidih, baru masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, dan sayuran lain kalau nak. Tambahkan bahan-bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga ikan masak. Sedia dihidang....

Ni best bila digandingkan dengan telur asin, sambal belacan atau tempoyak dan tauge goreng simple....

Selamat mencuba......









Syukur Alhamdulillah


8 Jun 2013, Sabtu bertempat di PWTC. Alhamdulillah, akhirnya suami tercinta berjaya menggenggam segulung ijazah. Setelah melalui pelbagai kekangan kini cik abang dah boleh menarik nafas lega....

Impian ni dah bertahun disimpan namun pelbagai faktor yg tidak dapat dielakkan, ianya tidak dicapai dalam waktu yg sepatutnya. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya. PerancanganNya melebihi segala-gala.

Tahniah buat suami tercinta, semoga impain yg dicapai menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam semua bidang dan juga ianya peransang pada anak-anak kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat.....