Sunday 20 October 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake



wah...cam fenomena pulak....skrg ni tgh glamor la cik hokkaido chiffon cupcake nih...chesue pun dpt byk permintaan dr teman2 (nk kt customer pun blh tp best sebut teman2 la ye...) best ke cc ni? ermm ckp lbh kan kt syok sendiri lak...tp mmg mabeles. rasanya lembut, gebu, sedap tak terkata. setakat ni chesue buat 2 jenis filling iaitu cream custard yg lemak manis dan lemon curd...fuhhh...bessstttt...



ni dia cik hokkaido chiffon cupcake yg tgh famos skrg ni
nampak mcm best tp mmg best...mn chesue dpt resepi ni. dlm kek mengekek ni  cheseu selalu refer kt blogger2 masakan yg begitu baik hati berkongsi resepi serta tips utk menghasilkan kek atau lain2 masakan dgn pembaca sekelian...kalu yg ni chesue amik resepi asal dari azlita masammanis. jom kita tgk resepi...

bhn2 A:
4 bj kuning telur A
30 gm gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak sayur (chesue guna minyak canola dr Felda)
55 gm tepung kek (superfine)*
20 gm tpg kastad*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil esen vanilla

bhn bertanda * hendaklah diayak 3 kali.

B
4 bj telur putih
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor

cara:
memula pukul putih telur dan garam dgn kelajuan sederhana hingga berbuih. campurkan gula kastor sedikit demi sedikit, terus pukul jadikan meringue (bertanduk - soft peak).

utk bhn A td...memula pukul kuning telur dan gula kastor dgn kelajuan sederhana. pukul sebati, kemudian campurkan vanilla, susu, minyak. pukul lagi dengan kelajuan minima (x pun gaul rata menggunakan spatula). kamudian kaup balik dengan tepung yg di ayak sebanyak 3 kali. pastikan ianya digaul rata sebelum masukkan bhn B secara berperingkat (masukkan 1/3 adunan setiap kali). gaul rata. 

p/s..chesue tambahkan sesudu jus lemon, selain utk menyedapkan, ia juga membuat kek lbh thn lama (ni tips dari rakan FB).

setelah gaul rata, tuang dalam paper cup 3/4 bhgian. hentak manja2 gitu...sblm masuk oven. bakar suhu 160c dlm 20-25 min (panaskan dulu oven tu 10 min). tp kepanasan bergantung pd oven masing2. biarkan sejuk br paipkan filling.

filling
cream custard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tpg kastad 
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 bj telur A
1 sudu t eh esen vanilla
1 sudu besar butter

campurkan tpg gandum n kastad serta gula kedlm mangkuk, gaul dgn susu segar. kacau sebati dan tidak berketul. campurkan telur serta esen vanilla. kacau sebati. masak atas api sederhana hingga likat dan sedikit kental (kalau kental sgt nanti susah nk paip kedlm kek). masukkan mentega. sebatikan. sejukkan seblm guna.

utk lemon curd
 (yg ni lupa lak ambil resepi sapa - sori ye tuanpunya resepi, anyway terima kasih byk2)
3 bj telur A - pukul ringan
120 ml jus lemon (2 bj)
2 sudu besar parutan kulit lemon, 
60 gm butter
2 sudu kecil tpg jagung
1 sudu besar whipping cream

dlm mangkuk telur td, dh pukul ringan telur tu...campurkan gula, pukul lagi. masukkan semua bhn, kacau rata dn x berketul. masak atas api sederhana, sentiasa kacau hingga pekat. matikan api, kacau lg hingga wap hilang. biarkan sejuk seblm digunakan.

selamat mencuba...alhamdulillah setakat ni mendapat sambutan hangat dr teman2...







No comments:

Post a Comment