Monday 28 October 2013

Gula oh Gula

sejak bajet dibentangkan, chesue x berkesempatan utk bershopping lagi, tak tau apa cerita brg2 di pasaran. semalam chesue ke kedai KOOP 1M, tengok harga benda2 masih maintain, tapi cik gula kita dah jadi rm2.85. mak aih....kena kurangkan penggunaan gula...yeah...demi untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan pada masa yang sama bajet duit belanja. sebagai surirumah, chesue ada skit2 ambil tempahan buat kek, cookies dan skit2 dessert. penggunaan gula memang wajib, dah nama pemanis mulut. camana ye...perlukah harga jualan tu dinaikkan...adusss...fening...

Sunday 27 October 2013

Graduasi MRSM PC

yesterday ke semalam ke kemarin...mana satu ekkkk....apa pun. 26 Oct 2013 merupakan hari graduasi ank sulung chesue Aslam Husaini. pejam celik pejam celik dh 5 thn nk bujang chesue "terkurung" kt asrama, menimba ilmu demi masa depan. dia selalu cakap dok sini mcm duduk dlm kotak...sabarlah sayang..kan dh nk abih, satu hari nanti mama pasti abang akan merindui zaman2 duduk dlm kotak. Ini kotak bukan sebaranag kotak, ianya kotak ilmu yg menjadi rebutan ramai pelajar di peringkat menengah.

6 Nov nanti, bermulanya peperangan sebenar, ye SPM bermula, all the best my dear son. mama selalu mendoakan semoga Allah swt beri yg terbaik utk abang dan adik2...aminnnn...

Friday 25 October 2013

selamat malam

malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai dihati....lalala...apa kes ni chesue tetiba jiwang mlm2 buta ni?
macam ni kalau dh berseorangan, x tau apa nk buat...mata ngantuk tp x leh tido....en suami ngan Azim ke Cameron Highland, ikut rombongan sekolah..tinggal chesue sorang2 kt rumah...so buat apa sorang2 tu....layan la apa yg ada kt tv. orang lain sebuk ngan bola TRW lwn ATM, tp chesue x minat....tgk gitu2 je...sekadar nk tahu perkembangan, jgn lak jadi katak bawah tempurung...dah menang pun...tahniah pada TRW, pada pihak lawan...ala bola tu bulat....

org sebelah beria2 bersorak, chesue layan Halaqah hingga abih (cewahh...) tajuk Ahli Mesyuarat Tingkap...ya Allah mintak dijauhkan dr perbuatan yang membawa dosa...

dah abih Halaqah...jumpa pulak Sheikh (maaf lupa nama), a Muslim chinese guy (i guest) dalam Twins of Faith...alhamdulillah byk gak ilmu yg ditimba. tajuk x pasti tp kearah
'generating a future leadership". chesue tabik betul la ngan dia ni, surah yg dibaca lancar, menceritakan tentang pemimpin di zaman Rasulullah dan panduan melahirkan pemimpin masa hadapan. sapa pemimpin masa hadapan...anak2 kita la...bukan senang untuk melahirkan dan mendidik anak menjadi pemimpin. bg chesue sebagai seorang ibu, pemimpin bukan bermakna perlu memimpin negara dan sebagainya, yg penting boleh memimpin keluarga sendiri dahulu, menjadi imam, kemudian pada sosial sekeliling atau masyarakat sekeliling br blh menjadi pemimpin pada peringkat yang lebih besar kelompok manusia...celoteh apa ni panjangnya....

esok pagi chesue nk ke pengkalan chepa, majlis restu ilmu dan sembahyang hajat utk pelajar ting 5 MRSM PC. Aslam kan kt situ...dah dewasa ank sulung chesue...harapan mama agar Aslam menjadi pemimpin yang baik, tawaduk...contohi la kepimpinan Rasulullah saw dan sahabat2 baginda...aminnn.

ok la dah ngantuk ni. baik tidur sebelum mata jd segar semula...assalamualaikum....

Sunday 20 October 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake



wah...cam fenomena pulak....skrg ni tgh glamor la cik hokkaido chiffon cupcake nih...chesue pun dpt byk permintaan dr teman2 (nk kt customer pun blh tp best sebut teman2 la ye...) best ke cc ni? ermm ckp lbh kan kt syok sendiri lak...tp mmg mabeles. rasanya lembut, gebu, sedap tak terkata. setakat ni chesue buat 2 jenis filling iaitu cream custard yg lemak manis dan lemon curd...fuhhh...bessstttt...



ni dia cik hokkaido chiffon cupcake yg tgh famos skrg ni
nampak mcm best tp mmg best...mn chesue dpt resepi ni. dlm kek mengekek ni  cheseu selalu refer kt blogger2 masakan yg begitu baik hati berkongsi resepi serta tips utk menghasilkan kek atau lain2 masakan dgn pembaca sekelian...kalu yg ni chesue amik resepi asal dari azlita masammanis. jom kita tgk resepi...

bhn2 A:
4 bj kuning telur A
30 gm gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak sayur (chesue guna minyak canola dr Felda)
55 gm tepung kek (superfine)*
20 gm tpg kastad*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil esen vanilla

bhn bertanda * hendaklah diayak 3 kali.

B
4 bj telur putih
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor

cara:
memula pukul putih telur dan garam dgn kelajuan sederhana hingga berbuih. campurkan gula kastor sedikit demi sedikit, terus pukul jadikan meringue (bertanduk - soft peak).

utk bhn A td...memula pukul kuning telur dan gula kastor dgn kelajuan sederhana. pukul sebati, kemudian campurkan vanilla, susu, minyak. pukul lagi dengan kelajuan minima (x pun gaul rata menggunakan spatula). kamudian kaup balik dengan tepung yg di ayak sebanyak 3 kali. pastikan ianya digaul rata sebelum masukkan bhn B secara berperingkat (masukkan 1/3 adunan setiap kali). gaul rata. 

p/s..chesue tambahkan sesudu jus lemon, selain utk menyedapkan, ia juga membuat kek lbh thn lama (ni tips dari rakan FB).

setelah gaul rata, tuang dalam paper cup 3/4 bhgian. hentak manja2 gitu...sblm masuk oven. bakar suhu 160c dlm 20-25 min (panaskan dulu oven tu 10 min). tp kepanasan bergantung pd oven masing2. biarkan sejuk br paipkan filling.

filling
cream custard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tpg kastad 
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 bj telur A
1 sudu t eh esen vanilla
1 sudu besar butter

campurkan tpg gandum n kastad serta gula kedlm mangkuk, gaul dgn susu segar. kacau sebati dan tidak berketul. campurkan telur serta esen vanilla. kacau sebati. masak atas api sederhana hingga likat dan sedikit kental (kalau kental sgt nanti susah nk paip kedlm kek). masukkan mentega. sebatikan. sejukkan seblm guna.

utk lemon curd
 (yg ni lupa lak ambil resepi sapa - sori ye tuanpunya resepi, anyway terima kasih byk2)
3 bj telur A - pukul ringan
120 ml jus lemon (2 bj)
2 sudu besar parutan kulit lemon, 
60 gm butter
2 sudu kecil tpg jagung
1 sudu besar whipping cream

dlm mangkuk telur td, dh pukul ringan telur tu...campurkan gula, pukul lagi. masukkan semua bhn, kacau rata dn x berketul. masak atas api sederhana, sentiasa kacau hingga pekat. matikan api, kacau lg hingga wap hilang. biarkan sejuk seblm digunakan.

selamat mencuba...alhamdulillah setakat ni mendapat sambutan hangat dr teman2...







Friday 11 October 2013

Red Velvet Cheese Tart

allahai...lama sungguh chesue mencari resepi red velvet cheese tart ni. selalu google tp x pernah jumpa.chesua tau empunya  AlamSari, nun jauh di selatan, sedangkan kita kt pantai timur. dh lama teringin, tp jauh sgt nk order. last2 semalam masa jenjalan kt blog kawan2 terbaca kisah red velvet cheese tart yng bukan lg rahsia. apalagi godek la terus...terima kasih byk2 wahai Alamsari kerana sudi berkongsi resepinya...




tadaa...ni dia crust dia...sori a..nampak gelap sbb gambor dia amik pakai henpon je...x cukup cahaya la tu...
sini chesue turunkan resepinya..semoga ilmu yg diperolehi dr Alamsari dpt dipanjangkan pada penggemar tat yg lain, Alamsari, semoga Allah murahkan rezeki anda...tq so much....

utk crust (ni yg penting)

170gm marjerin (chesue guna marjerin buttercup seperti yg disarankan oleh Alamsari)
3 sudu besar gula ising
1 biji telur B
1/2 suduteh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu  besar pewarna meraah cair
@ blh ganti ngan 1 sudu kecil pewarna merah red velvet (serbuk)
270-290 gm tepung gandum

cara:
memula pukul marjerin dgn gula ising hingga sebati. guna senduk kayu je..
kemudian campurkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. masukkan pewarna merah, pukul lagi hingga sebati baru masukkan serbuk koko then pukul sebati.
lastly campurkan tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit. jika adunan dah x melekat kt tangan maknanya doh dah okay le tu...(ni petua dari Alamsari).
simpan sekejap dlm petisejuk dalam 10-15 min.
keluarkan dr petisejuk, tekan dlm acuan tat, bakar suhu 170c (20-25 minit).
Alamsari pesan, disebabkan warna adunan agak gelap, selepas 20 min, keluarkan satu crust, terbalikkan, kalu jatuh sendiri maknya dh masak, kalau tidak tambah lg dlm 5 min.
dah masak biarkan sejuk, baru bubuh filling.

untuk creamcheese
250gm creamcheese (biarkan suhu bilik dlm 10-15 min sebelum guna)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur B
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

utk filling
gunakan strawberry filling atau blueberry pun blh la...

utk creamcheese, pukul cc dan gula hingga lembut, then campurkan telur serta esen vanilla, pukul sebati. dah siap nanti masukkan strawberry filling sedikit, kemudian masukkan cc filling dlm kadar 1/3 dr crust. bakar 10 minit dgn suhu 170c.

tp utk tengahari ni, chesue br siapkan crust je...mlm nanti br buat filling dia...nantikan hasilnya....




Selamat Bertunang

sapa bertunang chesue? sebenarnya anak jiran chesue yang bertunang pada 5.10.2013 ari tu. since dh lama x jenguk blog, so lambat la skit nk wish bakal pengantin tu. angah ni br je abih belajar, dh jd doktor kt spital teganu...rasanya baru je tgk budak balik dr asrama then ambik SPM...tup..tup dh jd doktor...begitu cepat masa berlalu.

bila dok sorang2 chesue imbau balik, tgk ank2 org pastu tgk anak sendiri...pejam celik pejam celik Aslam dah nk SPM november nanti. Allahuakhbar...rasanya baru je anta dia kt MRSM PT, daftar form 1. skrg tgh struggle for SPM. 5 tahun hampir berlalu dia dok asrama, kemudian diikuti dgn adik2...Asyraf, Alia n Aimi...Azim.tu camana?..insyaAllah mudah2an ada rezeki untukNya. sebagai ibu, chesue selalu mendoakan yg terbaik utk ank2. camana ni dr cerita angan  bertunang jd cerita ank2 lak?

sambung balik cerita majlis pertunangan angah...ianya lbh pd majlis 2 dlm 1, merisik dan terus bertunang. yo la, pihak lelaki jauh, dr salak tinggi, selangor, jd permudahkanlah. tp ada jgk hantarannya. 5 dulang berbalas 7. chesue sebenarnya nk ucapkan terima kasih pd jiran tu sbb order 30 bj cupcake dr chesue....utk hantaran dan juga doorgift. so mlm tu, chesue pun bertungkus lumus la konon-kononnya...bg bakers lain 30 bj tu kacang je..tp bg chesue...hai...maklum la, kita bukan terror sgt bab deco ni, tp alhamdulillah setakatnya menjadi la jgk...tq ye k sah...

ni dia chocolate moist cupcake utk majlis pertunangan angah..harap2 berpuashati dgn kek cawan ni...