Showing posts with label corat coretku. Show all posts
Showing posts with label corat coretku. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Tilawah dan Ayahku - dlm kenangan

Ramadhan bakal menjelang lagi,makin hari makin terasa, tambah lagi bila menonton Tilawah al Quran.... tenang dan damai jiwaa bila mendengar alunan ayat2 suci dari peserta Tilawah peringkat antarabangsa 2014. teringat masa kecik2 dulu, tilawah diadakan bulan Ramadhan, dan peminat no 1 kat rumah ialah arwah ayah...balik terawih je dgn semangkuk cendol, dok depan TV...masa tu jgn harap dpt tgk channel lain...arwah betul2 menghayati setiap ayat yang dibaca....selesai menonton arwah akan bertadarus sblm masuk tido. kini semua tinggal kenangan, arwah dh tiada, tilawah juga tidak lagi diadakan bulan Ramadhan. semoga roh arwah ayah, kak ani, cik ngah, abg wan dan abg mi di tempatkan bersama para solihin. kini tinggal kami dua beradik c su n kakak bersama ibu yg dikasihi.

Monday, 5 May 2014

alhamdulillah

syukur padaMu ya Allah...hany itu yg mampu chesu ucapkan...rentetan peristiwa yg mencuit hati nurani pagi td. chesue tak tahu apa yg nk ditulis dan diucapkan, hanya Allah yg Maha Mengetahui apa perasan chesue seharian ini. mmg benar janji Allah, Dia tidak akan uji hambaNya dgn ujian yg tak mampu kita tanggung...luahan rasa yg tak seberapa pagi tadi telah menggerakkan hati seorang teman utk tampil membantu dia tak mahu dikenali oleh org lain, chesue jd perantara utk menyampaikan hajatnya. syukur sgt2...tak terucap, tetiba airmata gugur dgn sendiri. tujuan chesue post cerita tu bkn utk merayu simpati, hanya sekadar berkongsi rasa dgn sesiapa yg terbaca blog ni. alhamdulillah...sebenarnya kami dah lama kenal, sejak zaman kampus lagi, tp terputus hubungan, ye la habis belajar masing2 bwk haluan sendiri sendiri. itu cerita kami... bila teman tu pm via fb tghari tadi, Ya Allah, menangis chesue dibuatnya. terima kasih sahabat...syukur ya Allah. teman chesue tadi bkn hanya sanggup membantu bayarkan yuran PIBG tersebut, malah akan infakkan rm50 sebln utk belanja ank tersebut...maaf chesue tak blh publish perbualan melalui pm kami, it's strictly confidential. dia ikhlas membantu, dan chesue sebagai pemegang amanah..kena jalankan tugas.... semoga teman chesue ni sentiasa dirahmatiNya, dipermudahkan rezeki serta urusannya... terima kasih sahabat...

Sunday, 4 May 2014

peristiwa di pagi hari

pagi ni pagi2 lagi hati terusik. seorang bapa dtg jumpa hubby. dgn nada berbisik, mtk tlg hubby sampaaikan pada guru kelas anknya, mtk tangguh bayaran PIBG. Allahuakhbar. setahu chesu byran tu kena jelaskan sblm 30.4 hari tu. belum ada duit katanya. bagi orang lain, mungkin rm40 tak besar, tp bg yg tiada, jumlahnya terlalu besar. hari ni dah 5 mei. terkedu chesue sekejap...dpt bayangkan perasaan ank bila cg tya bila nk jelaskan yuran tersebut... semoga Allah kurniakan rezeki pada bapa tersebut, demi utk meneruskan kelangsungan hidup, memudahkan dia beribadat serta mendidik ank2nya...

Wednesday, 23 April 2014

cerita ceritit

lamanya che su tenggelam, kenapa ye....kesibukan sebagai surirumah buatkan che su x berkesempatan utk menulis blog. ada ada aje yg nk dikerjakan. tp kdg kdg bila cik mata ngantuk...apa lagi tido ler.... perasan @ tidak, kita nk nk masuk bln mei...begitu pantas masa berlalu. ank2 pun makin membesar, yg sulung hari tu 15 april g jalani ujian fizikal serta psychometric test kt ipg ilmu khas. utk khusus Bahasa Inggeris. kalu berjaya kali ni, dia kena g interview session pulak. mudah2an Aslam Husaini berjaya...mama sentiasa doakan yg terbaik utkmu sayang. kami pergi pun berdua beranak je. en suami x ikut, dah abih cuti. lagi pun tinggal sklh byk kali, kesian cg lain, kena relief. pengalaman naik bas 2 tingkat, mmg mengujakan w/pun dibayangi mcm2 kejadian melibatkan bas ekxpress akhir2 ini. dah lama x naik bas ekspress, last sekali kira kira 19 thn yg lps...amboi lamanya. kat kl, che su tumpang rumah ank buah, kebetulan hubby dia g sydney, tinggal sorang2, eloklah che su temankan ye.... haaaaaaaa....byk pulak bebel ni. sebenarnya bukan apa, saja nk ngomel. dh lama x jenguk blog nihhhh....sambung lain kali la pulak....

Monday, 10 March 2014

al Fatihah

thn ni che su kehilagan dua insan tersayang dalam masa yg teramat dekat. 28/2, ibu mertua che su kembali kepangkuanNya tepat jam 11.40 mlm. kemudian, 2/3 pula abang che su pula dijemput olehNya tepat jam 7pm. tak terkata perasaan ini, namun redha dgn ketentuanNya. semoga roh mereka ditempatakn di kalangan para solihan dan syuhada.

liku2 hidup

hepi b'day to me myself. terima kasih mek n arwah ayah yg telah melahir dan mendidik che su hingga dewasa. doa kalianlah yg mengiringi ankmu hingga saat ini. terima kasih juga buat cik hubby tersayang, ank2, sedara mara dan teman2.syukur ke hadrat Ilahi yang memberi penghidupan pada hambaMu yang kerdil ini. semlm che su ke HUSM, ambil result biopsi yg dibuat 10.2 ari tu. dlm debaran dan kecut perut, melangkah jugak ke bilik doktor. menggunung harapan agarnya hasilnya negatif. tapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya. redha dan pasrah. rupanya spesimen yg diambil hari itu tipikal CA. Allahuakhbar. sebak tatkala call hubby. dlm kepala hanya terbayang anak2 yg sedang membesar, hubby dan ibu yg kurang sihat. che su perlu menjalani thru cut biopsi Ahad ini. perlu ke? atau nk biarkan aje... kenapa buat biopsi. sebenarnya che su terkesan ada ketulan di payudara belah kiri since spetember thn lps. disember hari tu, g husm. dlm pada takut2 buat jgk biopsi. tu pun lps beberapa kali mtk tangguh, dek kerana kecut perut. slps dpt keyakinan diri, dgn izin Allah, buat la jgk bln 2 hari tu..keptusan yg diperolehi hari ni mcm hadiah ulang tahun kelahiran pulak. w/pun ianya menakutkan tp, kena muhasabah diri. Dia yang mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. cuma doa yg mampu dipanjat pd Ilahi, semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan hidup ini.

Monday, 28 October 2013

Gula oh Gula

sejak bajet dibentangkan, chesue x berkesempatan utk bershopping lagi, tak tau apa cerita brg2 di pasaran. semalam chesue ke kedai KOOP 1M, tengok harga benda2 masih maintain, tapi cik gula kita dah jadi rm2.85. mak aih....kena kurangkan penggunaan gula...yeah...demi untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan pada masa yang sama bajet duit belanja. sebagai surirumah, chesue ada skit2 ambil tempahan buat kek, cookies dan skit2 dessert. penggunaan gula memang wajib, dah nama pemanis mulut. camana ye...perlukah harga jualan tu dinaikkan...adusss...fening...

Friday, 25 October 2013

selamat malam

malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai dihati....lalala...apa kes ni chesue tetiba jiwang mlm2 buta ni?
macam ni kalau dh berseorangan, x tau apa nk buat...mata ngantuk tp x leh tido....en suami ngan Azim ke Cameron Highland, ikut rombongan sekolah..tinggal chesue sorang2 kt rumah...so buat apa sorang2 tu....layan la apa yg ada kt tv. orang lain sebuk ngan bola TRW lwn ATM, tp chesue x minat....tgk gitu2 je...sekadar nk tahu perkembangan, jgn lak jadi katak bawah tempurung...dah menang pun...tahniah pada TRW, pada pihak lawan...ala bola tu bulat....

org sebelah beria2 bersorak, chesue layan Halaqah hingga abih (cewahh...) tajuk Ahli Mesyuarat Tingkap...ya Allah mintak dijauhkan dr perbuatan yang membawa dosa...

dah abih Halaqah...jumpa pulak Sheikh (maaf lupa nama), a Muslim chinese guy (i guest) dalam Twins of Faith...alhamdulillah byk gak ilmu yg ditimba. tajuk x pasti tp kearah
'generating a future leadership". chesue tabik betul la ngan dia ni, surah yg dibaca lancar, menceritakan tentang pemimpin di zaman Rasulullah dan panduan melahirkan pemimpin masa hadapan. sapa pemimpin masa hadapan...anak2 kita la...bukan senang untuk melahirkan dan mendidik anak menjadi pemimpin. bg chesue sebagai seorang ibu, pemimpin bukan bermakna perlu memimpin negara dan sebagainya, yg penting boleh memimpin keluarga sendiri dahulu, menjadi imam, kemudian pada sosial sekeliling atau masyarakat sekeliling br blh menjadi pemimpin pada peringkat yang lebih besar kelompok manusia...celoteh apa ni panjangnya....

esok pagi chesue nk ke pengkalan chepa, majlis restu ilmu dan sembahyang hajat utk pelajar ting 5 MRSM PC. Aslam kan kt situ...dah dewasa ank sulung chesue...harapan mama agar Aslam menjadi pemimpin yang baik, tawaduk...contohi la kepimpinan Rasulullah saw dan sahabat2 baginda...aminnn.

ok la dah ngantuk ni. baik tidur sebelum mata jd segar semula...assalamualaikum....