Friday 11 October 2013

Red Velvet Cheese Tart

allahai...lama sungguh chesue mencari resepi red velvet cheese tart ni. selalu google tp x pernah jumpa.chesua tau empunya  AlamSari, nun jauh di selatan, sedangkan kita kt pantai timur. dh lama teringin, tp jauh sgt nk order. last2 semalam masa jenjalan kt blog kawan2 terbaca kisah red velvet cheese tart yng bukan lg rahsia. apalagi godek la terus...terima kasih byk2 wahai Alamsari kerana sudi berkongsi resepinya...




tadaa...ni dia crust dia...sori a..nampak gelap sbb gambor dia amik pakai henpon je...x cukup cahaya la tu...
sini chesue turunkan resepinya..semoga ilmu yg diperolehi dr Alamsari dpt dipanjangkan pada penggemar tat yg lain, Alamsari, semoga Allah murahkan rezeki anda...tq so much....

utk crust (ni yg penting)

170gm marjerin (chesue guna marjerin buttercup seperti yg disarankan oleh Alamsari)
3 sudu besar gula ising
1 biji telur B
1/2 suduteh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu  besar pewarna meraah cair
@ blh ganti ngan 1 sudu kecil pewarna merah red velvet (serbuk)
270-290 gm tepung gandum

cara:
memula pukul marjerin dgn gula ising hingga sebati. guna senduk kayu je..
kemudian campurkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. masukkan pewarna merah, pukul lagi hingga sebati baru masukkan serbuk koko then pukul sebati.
lastly campurkan tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit. jika adunan dah x melekat kt tangan maknanya doh dah okay le tu...(ni petua dari Alamsari).
simpan sekejap dlm petisejuk dalam 10-15 min.
keluarkan dr petisejuk, tekan dlm acuan tat, bakar suhu 170c (20-25 minit).
Alamsari pesan, disebabkan warna adunan agak gelap, selepas 20 min, keluarkan satu crust, terbalikkan, kalu jatuh sendiri maknya dh masak, kalau tidak tambah lg dlm 5 min.
dah masak biarkan sejuk, baru bubuh filling.

untuk creamcheese
250gm creamcheese (biarkan suhu bilik dlm 10-15 min sebelum guna)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur B
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

utk filling
gunakan strawberry filling atau blueberry pun blh la...

utk creamcheese, pukul cc dan gula hingga lembut, then campurkan telur serta esen vanilla, pukul sebati. dah siap nanti masukkan strawberry filling sedikit, kemudian masukkan cc filling dlm kadar 1/3 dr crust. bakar 10 minit dgn suhu 170c.

tp utk tengahari ni, chesue br siapkan crust je...mlm nanti br buat filling dia...nantikan hasilnya....




1 comment:

  1. terima kasihhhhhhhh dari Alam Sari di Tanah Jauhar :-))))))))

    ReplyDelete