Sunday 17 November 2013

fruit pastry cake

sehari sebelum cuti sekolah ari tu, ada kawan call. "akak, sy nak tempah kek, boleh tak?, nak esok, bajetnya sekian2, yg penting ada 50 bj hokaido kek n yg lebih tu buat la apa2 kek pun, janji masih dlm bajet". alamak, last minute order ni, cek barang, ok beres semua ada. chesue pun reply kawan tu semula, ok bereh. pusing sini, pusing sana, dgn bajet yg agak ciput, kek apa yg sesuai ye? godek sana, godek sini, match dgn bahan2 yg ada, last sekali buatkan fruit pastry cake. resepi sebenar nakkan buah2an seperti peach, berries atau mana2 buah yg tak berair. dalam stock yg ada ada hanya fruit cocktail. G Pantai Timur PP, x der lak strawberry, camana nih...last2 fruitcoktail jd mangsa....janji jadi dan sedap...kalau dah kek campur buah, ehemmm...gerenti sedap....jom kita tgk camana kejadiannya dan resepi..


 
tadaaa....ni le kejadiannya...lain kali kena letak strawberry, br nampak meriah...

Bahan2nya:

100gm butter
150 gm gula kastor
3 bj telur A, pukul sedikit
60ml susu cair
1 sudu teh bes minuman oren sunquick (chesue gantikan dgn bes lemon, oren punya dah abis stok)
1 sudu teh esen vanilla
210 gm tpg gandum
1 sudu teh baking powder

500gm buah2an campur. gaul dgn 2 sudu besar gula pasir (chesue gantikan dgn fruitcocktail-sejatkan utk keluarkan air). kalau berair sgt takut kek mampat)

satukan susu cair dan bes sunquick, jdkan buttermilk. ketepikan.
ayak tpg gandum dgn baking powder.

cara:

memula, panaskan oven pd suhu 175c, lenser tin 8 inci, alas dgn kertas baking.

putar butter, gula dan bancuhan susu cair dgn bes minuman sunquick hingga kembang dan pucat warnanya.
campurkan telur yg telah dipukul sedikitt. putar sebati kemudian campurkan esen vanilla.. putar kelajuan minima hingga sebati baru kaup balikkan tepung. pastikan bergaul rata.

tuang adunan ke dalm loyang, susun buah2an atas kek, jgn tekan,
bakar selama 50-60 minit bergantung pada oven anda. tp selepas 40 min, tutup kek dgn aluminium foil utk elakkan buah2an tu hangus. bakar hingga masak. dah  masak, biarkan kek sejuk, keluarkan dr loyang. kalau suka bedakkan dia dgn gula aising...hehehe...kek pun kn pakai bedak...

Tuesday 5 November 2013

Debaran Bermula

hari ni, 6 Nov 2013, hari pertama peperiksaan SPM bermula. semoga Aslam Husaini dn teman2 beroleh kejayaan. ini adalah titik permulaan kemana langkah dan haluan seterusnya. kejayaan abang akan jd pemangkin pada adik2. mama doakan yang semoga berikan yg terbaik pada abang....

rasanya mama yg berdebar lebih...semalam g jumpa anak kt asrama, dia sempoi je...relaks je...