Friday 22 March 2013

aimi d' IMTIAZ



persembahan oleh pelajar Tingkatan 1 IMTIAZ Kuala Trengganu. ank mama dh besar berani berada di stage....Alhamdulillah.

Wednesday 20 March 2013

kuzi ayam



ni kuzi ayam chesue masak Jumaat tiga minggu lepas. khas utk anak2. cicah roti je, nk buat roti jala x sempat nk menjala. mmg setiap Jumaat jadual chesue agak padat. lps sembahyang Jumaat je, kami terus ke sekolah ank, ambik Aslam kt MRSM PC kebetulan minggu ni dia outing, bwk ke tempat Asyraf kt Faris Petra. kebetulan lak Aimi n Alia balik bercuti hujung minggu. mkn ank beranak kt padang sklh. best gak. piknik beramai-ramai. skrg ni nk kumpul anak2 bkn senang. tunggu cuti sklh je la. x pe esk dah mula cuti semester. blh jumpa lagi.
o..ya kuzi ni chesue guna resepi kakak ipar, lepas tu oter skit-skit...ikut selera anak-anak. sebenarnya chesue x de sukatan spesifik, main agak-agak (ikut cara org lama) jom semak bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:
1 kg ayam (dipotong, basuh n perap dgn campuran halia, saffron, bwg putih n garam)
2 biji bawang besar di dadu dan goreng

bhn goreng:
15 ulas bawang merah - mayang
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kuzi (bancuh dgn sedikit air)

lain-lain
1 tin susu cair
1 cawan minyak sapi
1 botol sos tomato (chesue guna 1 tin kecil tomato pes)
1 1/2 - 2 cawan air
minyak untuk menggoreng
garam
gula

cara-cara
1.  goreng bawang merah yg dimayang hingga garing. kemudian minya yg sama goreng kismis, kemudian badam. goreng juga bawang besar yang didadu. ketepikan.
2. goreng ayam setengah masak. ketepikan.
3. menggunakan minyak sapi, tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. masukkan rempah kuzi. kacau hingga masak.
4. masukkan air, sos tomato dan susu cair. renihkan seketika. masukkan ayam. bila kuah mula menggelegak dan ayam masak, masukkan kismis, badam bawang besar n bawang merah yg digoreng.
perisakan dengan garam dan gula. kacau sebati, matikan api...dah.....siap
5. utk hiasan taburkan bawang merah goreng dan daun bawang.

 sesuai utk dimakan dengan nasi atau cicah roti. selalunya untuk dijadikan sebagai lauk, chesue buat acar timun mentah atau kalau rajin dtg, buat acar masak, sambal belacan n telur asin...nyam...nyam...


Tuesday 12 March 2013

sayur petola segi

ni kira entri tertangguh....chesue masak Ahad lepas. dek kesuntukan masa x sempat nk update cerita hari tu. kt suami...aik....blog baru pun dh masuk habuk....apa nk buat.
ahad lepas chesue masak sayur petola segi. oghe kelate panggil sayur tenne...sayur ni biasa-biasa je, tp bg chesue nilah sayur yg best dan berkhasiat. suami siap hirup mcm sup tulang....
selalunya sayur macam ni di makan dgn ayam goreng atau ikan goreng. ada budu lg best.....x pun sambal belacan.
kita tgk apa bahannya....

bahan2 :
2 biji petola segi (buang tepi belah dua dan di potong serong)
1 biji karot ...tp stock chesue dh abih..
1 biji bawang besar (dibelah empat)
100gm udang basah (di bersihkan)

bhn tumbuk
2 ulas bwg putih
3 ulas bawang merah
1 sm halia
2 sudu besar udang kering @ ikan bilis

minyak utk menumis
cili merah besar (utk hiasan..tp x bubuh pun)
air dlm d 2 stgh cawan
garam secukup rasa

cara-cara:
panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga wangi. masukkan udang dan kacau sekejap. kemudian masukkan air. biarkan menggelegak. masukkan petola, karot (kalau ada), bawang besar yang di belah 4.
dah masak br masukkan cili besar yg dibelah 2.


jauh perjalanan


apa?????byknya isi minyak.....kereta ke bas ke apa ke.....nk gi mana? hehehe.....

Sunday 3 March 2013

kerapu masam manis


salam sejahtera...dh berapa hari x post apa2. cuaca mendung...line slow (alasan..walhal kerajinan kurang). ni chesue masak last thursday...dua ank balik dr asrama, 2 lg x leh balik...so, masak special skit la...kasi ank2 hepi....lps masak bergegas ke sekolah ank bongsu (erkkk bongsu ke?) ada PIBG. walaupun suami mengajar kt sekolh sama...tp dia ada tugas lain, so chesue mmg IBU yg rastali...kehadiran WAJIB...
ikan kerapu masam manis ni versi chesue...jom tgk apa yg dh chesue masukkan...tp gambar dia agak blur..biasa la pakai camera handphone.....

bhn2 dia...
sekor ikan kerapu (lbh krng 500gm) - bersihkan, lumur garam, bwg putih, halia dan tpg jagung.

bhn tumbuk (chesue blend je...)
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
sedikit halia
2 biji cili merah (terpulang...kalu nk pedas masuk cili padi...ank2 suka sikit pedas je..)

lain-lain
2 sudu besar sos tomata
2 sudu besar sos cili
sedikit sos tiram
garam, gula
sebiji limau kasturi (x de stok, maka lemon jd mangsa)
sebiji bawang besar- dipotong bulat
daun bawang
minyak untuk menggoreng

cara :
goreng ikan hingga masak. ketepikan.

keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
tumis bhn tumbuk hingga naik bau. masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
masukkan sedikit air utk kuah. renihkan hingga masak.

perasakan garam dan gula, sedikit perahan lemon. lastly ,masukkan bawang besar yang telah dimayang. biarkan layu seketika. kalu kuah agak cair, campurkan sesudu teh tpg jagung yang dibancuh dgn sedikit air. dah masak.....matikan api. siram kuah td ke atas ikan...tabur daun bawang yang telah dihiris halus....hidang kan bersam sambal belacan dan sup sayur goreng...