
tadaaa....ni le kejadiannya...lain kali kena letak strawberry, br nampak meriah...
Bahan2nya:
100gm butter
150 gm gula kastor
3 bj telur A, pukul sedikit
60ml susu cair
1 sudu teh bes minuman oren sunquick (chesue gantikan dgn bes lemon, oren punya dah abis stok)
1 sudu teh esen vanilla
210 gm tpg gandum
1 sudu teh baking powder
500gm buah2an campur. gaul dgn 2 sudu besar gula pasir (chesue gantikan dgn fruitcocktail-sejatkan utk keluarkan air). kalau berair sgt takut kek mampat)
satukan susu cair dan bes sunquick, jdkan buttermilk. ketepikan.
ayak tpg gandum dgn baking powder.
cara:
memula, panaskan oven pd suhu 175c, lenser tin 8 inci, alas dgn kertas baking.
putar butter, gula dan bancuhan susu cair dgn bes minuman sunquick hingga kembang dan pucat warnanya.
campurkan telur yg telah dipukul sedikitt. putar sebati kemudian campurkan esen vanilla.. putar kelajuan minima hingga sebati baru kaup balikkan tepung. pastikan bergaul rata.
tuang adunan ke dalm loyang, susun buah2an atas kek, jgn tekan,
bakar selama 50-60 minit bergantung pada oven anda. tp selepas 40 min, tutup kek dgn aluminium foil utk elakkan buah2an tu hangus. bakar hingga masak. dah masak, biarkan kek sejuk, keluarkan dr loyang. kalau suka bedakkan dia dgn gula aising...hehehe...kek pun kn pakai bedak...