Saturday 21 September 2013

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dan Petai Bertempoyak




menu org dolu2...masak lemak cili api pucuk ubi n petai bertempoyak...kawankan dgn ikan goreng n sambal belaccan...cukup utk 3 beranak dihujung minggu

Adusss....panjangnya nama....dah lama jugak rasanya x post masakan kt blog ni. Bukan x masak, tp kdg kala x sempat nk snap, ada gak yg dah disnap gambar tp x upload kt blog....alasan, macam2 boleh diberi....Ni menu hari ni, cukup la untuk 3 orang. anak2 lagi 4 tu x balik. Semalam g jenguk Aslam n Asyraf....Alia? br je anta ari Selasa ari tu, next week balik, sabau ye kakak, kita jumpa Khamis ni...
Lama betul rasanya x masak pucuk ubi, 2,3 hari lepas balik rumah bonda, kutip pucuk ubi, mula2 main celur gitu je, cicah budu, ada balance dia chesue masukkan dlm peti ais. dan hari ni tadaaa....jadi lauk lain.

Mai kita semak apa yg chesue campak utk jadikan ianya sayur yg mabeles...

Bahan2nya :
Pucuk ubi - rebus/celur, toskan n potong skit (kot panjang sgt, tercekik karang)
Tempoyak (chesue letak dlm sesenduk nasi)
Petai - chesue x kopek kulit, tp terserah la...ada org x makan kulit petai sbb rasanya skit kelat)
4 cawan santan - dari sebiji kelapa
Ditumbuk halus:
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
Cili api ( terpulang pada selera masing2, nk pedas bubuh byk)

Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar, bubuh gitu aje pun boleh,
2 batang serai - dititik je

Lain2 bhn cam biasa la garam, secubit gula, chesue x guna serbuk perasa kalu masak lemak, takut terlebih lemak   (mmg jarang guna serbuk perasa pun)

Caranya

Memula, masakkan bahan yg ditumbuk halus. Masukkan sekali ikan bilis, tempoyak, serai dan petai. Biarkan mendidih dan petai agak lembut, masukkan santan. Bila santan menggelegak, masukkan pucuk paku (ni last sbb dah masak). Perasakan ngan garam n gula. biarkan seketika. dah boleh dihidangkan.

Nak best lagi, makan dengan nasi panas, ikan goreng n sambal belacan, tak pun budu...pergh.....sedapppp...

No comments:

Post a Comment