Monday, 10 March 2014

liku2 hidup

hepi b'day to me myself. terima kasih mek n arwah ayah yg telah melahir dan mendidik che su hingga dewasa. doa kalianlah yg mengiringi ankmu hingga saat ini. terima kasih juga buat cik hubby tersayang, ank2, sedara mara dan teman2.syukur ke hadrat Ilahi yang memberi penghidupan pada hambaMu yang kerdil ini. semlm che su ke HUSM, ambil result biopsi yg dibuat 10.2 ari tu. dlm debaran dan kecut perut, melangkah jugak ke bilik doktor. menggunung harapan agarnya hasilnya negatif. tapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya. redha dan pasrah. rupanya spesimen yg diambil hari itu tipikal CA. Allahuakhbar. sebak tatkala call hubby. dlm kepala hanya terbayang anak2 yg sedang membesar, hubby dan ibu yg kurang sihat. che su perlu menjalani thru cut biopsi Ahad ini. perlu ke? atau nk biarkan aje... kenapa buat biopsi. sebenarnya che su terkesan ada ketulan di payudara belah kiri since spetember thn lps. disember hari tu, g husm. dlm pada takut2 buat jgk biopsi. tu pun lps beberapa kali mtk tangguh, dek kerana kecut perut. slps dpt keyakinan diri, dgn izin Allah, buat la jgk bln 2 hari tu..keptusan yg diperolehi hari ni mcm hadiah ulang tahun kelahiran pulak. w/pun ianya menakutkan tp, kena muhasabah diri. Dia yang mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. cuma doa yg mampu dipanjat pd Ilahi, semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan hidup ini.

Tuesday, 24 December 2013

beef lasagna with white sauce


waaahhhh...lama betul x berblog..cuti sekolah dah nak habis....tinggal lagi seminggu. sibuk betul chesue. yo la...bila semua ada, tambah cuaca yg sejuk2 nyaman....so, kalu x sibuk ngan kerja rumah, sibuk juga menganyam mimpi di siang hari...uikssss...alhamdulillah walaupun hujan lebat hari tu, tp kelantan tak le teruk di landa banjir spt thn2 sudah...

dah menceceh lak yea...sesekali ngadap lappy...ni chesue nk share menu lunch ari ni....atas permintaan ank2 yg dh lama tak terbuat, tghari ni chesue hanya masak beef lasagna with white sauce dan nasi goreng ikan masin....konon2nya omputih campur melayu...boleh la ye....

tgk picture ni...wah...mewah ngan sos putih....lemak? syyyy...diam2 je ye...




dh tgk gambar tgk apa ke benda chesue bubuh dlm tu. sebenarnya chesue letak je apa yg ada kat dapur. kira ni versi chesue la ye....org tua kata masak apa pun kalau ikhlas dan penuh sayang, semua jadi sedap...janji ank2 n hubby puas hati...

bahan2:.
kepingan lasagna (chesue guna yg instant)

utk kuah (kali ni chesue main campak2 je, x de sulatan spesifik)
bwg besar putih di dadu
bwg putih - mayang jer...
lada hitam (tumbuk)
daging kisar
cendawan butang (guna dlm tin) - diris nipis
mix vege
tomato paste
sedikit cili sos
garam, gula
oregano dan bay lef (nk letak mixed hers, tp x de stok pulak) minyak zaitun utk menumis

cara:
tumis bwg putih n bwg besar hingga naik bau. dah garing, masukkan daging kisar. kacau hingga daging masa, tambah sedikit air. bila daging dh masak, masukkan tomato paste n sos cili. biarkan menggelegak, masukkan oregano n bay leaf, renihkan seketika. tambahkan garam gula, gula secukup rasa. kemudian masukkan mix vege dan cendawan butang. tambah air utk dptkan kuah yg lebih sedikit. ianya penting utk memastikan lasagna tu lembut. renihkan seketika...dah masak, ketepikan.


utk sos putih

1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar (susu segar lupa nk beli, chesue campurkan susu cair dan bancuhan susu tepung-boleh la ye)
mozarella cheese (pun x de, so, chesue substitute ngan 6 keping cheddar cheese)
sedikit serbuk lada putih dan garam (x masuk garam pun x pe sbb keju dah masin)

panaskan pan, cairkan butter (guna api sederhana ye). bila dah cairkan,  masukkan tepung gandum. kacau sebati baru masukkan susu segar. pastikan kacau tanpa henti. bila susu dah merenih, masukkan keju dan matikan api. tp terus kacau hingga keju tu mencair. tmbhkan lada putih, kalau nk boleh tambahkan sedikit garam....tadaaa,...siap.

mari kita melapis...

dalam bekas tahan panas. chesue guna loyang 8" dan lapikkan aluminium foil supaya senang di alihkan ke pinggan bila dah masak nanti. memula letakkan lasagna, kemudian tuang kuah daging, ratakan, baru tuang sos putih dan lapiskan lagi lasagna dan ulangi langkah diatas hingga selesai. atas sekali biar sos putih dan taburkan mozarella cheese atau parmesan( yg ni skip sbb x de bahan). bakar suhu 160 c dlm 20 min (atau masak....siap blh makan. sepatutnya tunggu sejuk sedikit baru keluarkan dari loyang dan potong....tapi x dan nk buat....dah di tunggu....

Sunday, 17 November 2013

fruit pastry cake

sehari sebelum cuti sekolah ari tu, ada kawan call. "akak, sy nak tempah kek, boleh tak?, nak esok, bajetnya sekian2, yg penting ada 50 bj hokaido kek n yg lebih tu buat la apa2 kek pun, janji masih dlm bajet". alamak, last minute order ni, cek barang, ok beres semua ada. chesue pun reply kawan tu semula, ok bereh. pusing sini, pusing sana, dgn bajet yg agak ciput, kek apa yg sesuai ye? godek sana, godek sini, match dgn bahan2 yg ada, last sekali buatkan fruit pastry cake. resepi sebenar nakkan buah2an seperti peach, berries atau mana2 buah yg tak berair. dalam stock yg ada ada hanya fruit cocktail. G Pantai Timur PP, x der lak strawberry, camana nih...last2 fruitcoktail jd mangsa....janji jadi dan sedap...kalau dah kek campur buah, ehemmm...gerenti sedap....jom kita tgk camana kejadiannya dan resepi..


 
tadaaa....ni le kejadiannya...lain kali kena letak strawberry, br nampak meriah...

Bahan2nya:

100gm butter
150 gm gula kastor
3 bj telur A, pukul sedikit
60ml susu cair
1 sudu teh bes minuman oren sunquick (chesue gantikan dgn bes lemon, oren punya dah abis stok)
1 sudu teh esen vanilla
210 gm tpg gandum
1 sudu teh baking powder

500gm buah2an campur. gaul dgn 2 sudu besar gula pasir (chesue gantikan dgn fruitcocktail-sejatkan utk keluarkan air). kalau berair sgt takut kek mampat)

satukan susu cair dan bes sunquick, jdkan buttermilk. ketepikan.
ayak tpg gandum dgn baking powder.

cara:

memula, panaskan oven pd suhu 175c, lenser tin 8 inci, alas dgn kertas baking.

putar butter, gula dan bancuhan susu cair dgn bes minuman sunquick hingga kembang dan pucat warnanya.
campurkan telur yg telah dipukul sedikitt. putar sebati kemudian campurkan esen vanilla.. putar kelajuan minima hingga sebati baru kaup balikkan tepung. pastikan bergaul rata.

tuang adunan ke dalm loyang, susun buah2an atas kek, jgn tekan,
bakar selama 50-60 minit bergantung pada oven anda. tp selepas 40 min, tutup kek dgn aluminium foil utk elakkan buah2an tu hangus. bakar hingga masak. dah  masak, biarkan kek sejuk, keluarkan dr loyang. kalau suka bedakkan dia dgn gula aising...hehehe...kek pun kn pakai bedak...

Tuesday, 5 November 2013

Debaran Bermula

hari ni, 6 Nov 2013, hari pertama peperiksaan SPM bermula. semoga Aslam Husaini dn teman2 beroleh kejayaan. ini adalah titik permulaan kemana langkah dan haluan seterusnya. kejayaan abang akan jd pemangkin pada adik2. mama doakan yang semoga berikan yg terbaik pada abang....

rasanya mama yg berdebar lebih...semalam g jumpa anak kt asrama, dia sempoi je...relaks je...

Monday, 28 October 2013

Gula oh Gula

sejak bajet dibentangkan, chesue x berkesempatan utk bershopping lagi, tak tau apa cerita brg2 di pasaran. semalam chesue ke kedai KOOP 1M, tengok harga benda2 masih maintain, tapi cik gula kita dah jadi rm2.85. mak aih....kena kurangkan penggunaan gula...yeah...demi untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan pada masa yang sama bajet duit belanja. sebagai surirumah, chesue ada skit2 ambil tempahan buat kek, cookies dan skit2 dessert. penggunaan gula memang wajib, dah nama pemanis mulut. camana ye...perlukah harga jualan tu dinaikkan...adusss...fening...

Sunday, 27 October 2013

Graduasi MRSM PC

yesterday ke semalam ke kemarin...mana satu ekkkk....apa pun. 26 Oct 2013 merupakan hari graduasi ank sulung chesue Aslam Husaini. pejam celik pejam celik dh 5 thn nk bujang chesue "terkurung" kt asrama, menimba ilmu demi masa depan. dia selalu cakap dok sini mcm duduk dlm kotak...sabarlah sayang..kan dh nk abih, satu hari nanti mama pasti abang akan merindui zaman2 duduk dlm kotak. Ini kotak bukan sebaranag kotak, ianya kotak ilmu yg menjadi rebutan ramai pelajar di peringkat menengah.

6 Nov nanti, bermulanya peperangan sebenar, ye SPM bermula, all the best my dear son. mama selalu mendoakan semoga Allah swt beri yg terbaik utk abang dan adik2...aminnnn...

Friday, 25 October 2013

selamat malam

malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai dihati....lalala...apa kes ni chesue tetiba jiwang mlm2 buta ni?
macam ni kalau dh berseorangan, x tau apa nk buat...mata ngantuk tp x leh tido....en suami ngan Azim ke Cameron Highland, ikut rombongan sekolah..tinggal chesue sorang2 kt rumah...so buat apa sorang2 tu....layan la apa yg ada kt tv. orang lain sebuk ngan bola TRW lwn ATM, tp chesue x minat....tgk gitu2 je...sekadar nk tahu perkembangan, jgn lak jadi katak bawah tempurung...dah menang pun...tahniah pada TRW, pada pihak lawan...ala bola tu bulat....

org sebelah beria2 bersorak, chesue layan Halaqah hingga abih (cewahh...) tajuk Ahli Mesyuarat Tingkap...ya Allah mintak dijauhkan dr perbuatan yang membawa dosa...

dah abih Halaqah...jumpa pulak Sheikh (maaf lupa nama), a Muslim chinese guy (i guest) dalam Twins of Faith...alhamdulillah byk gak ilmu yg ditimba. tajuk x pasti tp kearah
'generating a future leadership". chesue tabik betul la ngan dia ni, surah yg dibaca lancar, menceritakan tentang pemimpin di zaman Rasulullah dan panduan melahirkan pemimpin masa hadapan. sapa pemimpin masa hadapan...anak2 kita la...bukan senang untuk melahirkan dan mendidik anak menjadi pemimpin. bg chesue sebagai seorang ibu, pemimpin bukan bermakna perlu memimpin negara dan sebagainya, yg penting boleh memimpin keluarga sendiri dahulu, menjadi imam, kemudian pada sosial sekeliling atau masyarakat sekeliling br blh menjadi pemimpin pada peringkat yang lebih besar kelompok manusia...celoteh apa ni panjangnya....

esok pagi chesue nk ke pengkalan chepa, majlis restu ilmu dan sembahyang hajat utk pelajar ting 5 MRSM PC. Aslam kan kt situ...dah dewasa ank sulung chesue...harapan mama agar Aslam menjadi pemimpin yang baik, tawaduk...contohi la kepimpinan Rasulullah saw dan sahabat2 baginda...aminnn.

ok la dah ngantuk ni. baik tidur sebelum mata jd segar semula...assalamualaikum....